- Iklan -
Berita

Jumlah kematian melepasi angka 800, 4,284 positif Covid-19

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 48,309.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung mencari barang keperluan di pasar malam Taman Keramat AU2, selepas kerajaan melonggarkan syarat operasi perniagaan.
Pengunjung mencari barang keperluan di pasar malam Taman Keramat AU2, selepas kerajaan melonggarkan syarat operasi perniagaan.

Sebanyak 4,284 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 226,912, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 3,804 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 177,794 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,572 kes diikuti Johor 964 dan Kuala Lumpur 651 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 48,309.

“Daripada jumlah itu 307 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 141 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 18 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 809 orang.

Katanya terdapat 13 lagi kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Kluster Ladang Tangkarason, Sabah (tempat kerja).
  2. Kluster Bandar Lama, Sabah (tempat kerja).
  3. Kluster Jalan Satu KKIP, Sabah (tempat kerja).
  4. Kluster Jalan City, Selangor (tempat kerja).
  5. Kluster Jalan Aman, Selangor (tempat kerja).
  6. Kluster Jalan Pulai 55, Johor (tempat kerja).
  7. Kluster Batu Tiga Setengah, Johor (tempat kerja).
  8. Kluster Taman Koperasi, Kuala Lumpur (tempat kerja).
  9. Kluster Kandi Sungai Besi, Kuala Lumpur (tempat kerja).
  10. Kluster Lebuh Karak, Pahang (tempat kerja).
  11. Kluster Tapak Bina Presint Tujuh, Putrajaya (tempat kerja).
  12. Kluster Mayang Pasir, Pulau Pinang (tempat kerja).
  13. Kluster Tembok Pengkalan Chepa, Kelantan (pusat tahanan).