- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 kekal melebihi angka 5,000

14 kematian lagi turut dicatatkan, 4,552 pesakit pulih dan dibenarkan pulang.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Antara penduduk Bandar Baru Sibu yang hadir bagi melakukan ujian saringan Covid-19 di Pasar Tamu Sibu Jaya hari ini. Gambar: Bernama
Antara penduduk Bandar Baru Sibu yang hadir bagi melakukan ujian saringan Covid-19 di Pasar Tamu Sibu Jaya hari ini. Gambar: Bernama

Sebanyak 5,298 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 214,959 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 4,552 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 166,049 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,460 kes diikuti Johor 1,020 dan Kuala Lumpur 783 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 48,150.

“Daripada jumlah itu 313 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 127 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 14 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 760 orang.

Katanya terdapat 10 lagi kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Jalan Rami Tiga, Johor (tempat kerja).
  2. Jalan Mega, Johor (tempat kerja).
  3. Sri Plentong, Johor (tempat kerja).
  4. Jalan Kewajipan, Selangor (tempat kerja).
  5. Persiaran Sabak, Selangor (tempat kerja).
  6. Tapak Bina Raja Chulan, Kuala Lumpur (tempat kerja).
  7. Jalan Masjid Tanah, Melaka (tempat kerja).
  8. Jalan Ithnin, Johor (kumpulan berisiko tinggi).
  9. Bercham Raya, Perak (kumpulan berisiko tinggi).
  10. Jalan Tronoh, Perak (komuniti).