Sunday, July 25, 2021

Kaedah sains di sebalik ‘piawaian emas’ ujian Covid-19

Pakar kementerian kesihatan mengatakan langkah-langkah diambil sebelum ini bagi mengatasi isu ujian positif palsu RT-PCR.

Other News

Seorang pakar perubatan kerajaan cuba meredakan ketakutan keputusan positif palsu mengguna kaedah ujian saringan utama yang untuk diagnos Covid-19 ketika kes jangkitan harian berlegar-legar empat angka meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan awal bulan ini untuk mengekang penularan jangkitan.

Ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction atau RT-PCR, dilihat memenuhi piawaian emas untuk mendiagnos virus Covid-19.

Ia berfungsi dengan mengesan kehadiran RNA (asid ribonuklik) di dalam badan, bahkan mampu mengesan Covid-19 sebelum orang itu mampu menjangkiti orang lain.

Namun, wujud kebimbangan sejak kebelakangan ini selepas berlaku lonjakan mendadak kes positif Covid-19 walaupun ketika PKP dilaksanakan yang menyaksikan sebahagian besar sektor peruncitan ditutup dan hanya perkhidmatan perlu dan kritikal dibenarkan beroperasi.

Di sebalik kerja keras dilakukan pihak berkuasa kesihatan untuk mengurangkan jumlah kes ke tahap mampu dikendalikan, kadar nilai kebolehjangkitan atau R-naught kekal berada di atas 1.0.

Kerisauan mengenai ujian yang dilakukan menghasilkan keputusan positif palsu – diagnosis positif walaupun tidak bergejala – berkemungkinan besar disebabkan oleh komponen digunakan dalam ujian saringan yang dikenali sebagai perkiraan nilai kitaran ambang (Ct value).

Proses saringan bermula dengan mengambil sampel dari bahagian nasofarinks atau rembesan rongga hidung.

Ia kemudian akan diuji oleh pegawai perubatan terlatih yang akan mencari kesan viral RNA dengan menambah campuran reaksi biokimia.

Reaksi positif akan mengesan penumpuan fluorescent di dalam mesin RT-PCR.

Ct value adalah bilangan kitaran yang diperlukan oleh penumpuan fluorescent untuk melintasi paras nilai ambang.

Kajian menunjukkan nilai Ct yang tinggi pada kadar 40 dan ke atas berkemungkinan akan mengurangkan ketepatan ujian.

“Hasil ujian ini perlu ditafsirkan oleh pegawai perubatan terlatih bagi menjaga ketepatan,” kata pakar itu kepada MalaysiaNow tanpa ingin dinamakan.

Ini kerana Ct yang tinggi menunjukkan jumlah bahan genetik virus rendah dalam sampel sedangkan Ct yang rendah akan menunjukkan jumlah bahan genetik virus tinggi.

Pakar itu mengatakan nilai akhir Ct value yang digunakan oleh kementerian dalam ujian saringan adalah 35.

Bagaimanapun, nilai 30 dan ke atas dianggap tidak menjangkiti bergantung kepada penilaian klinikal yang dilakukan.

“Hasil ujian ini perlu ditafsirkan oleh pegawai perubatan terlatih bagi menjaga ketepatan,” kata pakar itu kepada MalaysiaNow tanpa ingin dinamakan.

Tambahnya isu keputusan positif palsu ditangani pada April tahun lalu, apabila kementerian kuarantin pesakit sehingga hasil ujian PCR negatif sebanyak dua kali dalam tempoh 72 jam.

Katanya kementerian menyedari kesan Ct value yang tinggi kemungkinan berlaku pada keputusan ujian, dan menambah langkah perlu boleh diambil bagi mengatasinya.

Dalam kes melibatkan pesakit kebarangkalian pra-ujian – kemungkinan individu itu dijangkiti penyakit sebelum keputusan ujian diketahui – ujian kekhususan tinggi akan digunakan, tambahnya.

“Sebagai contoh, sekumpulan pekerja kilang dengan kadar positif tinggi , atau di Sabah di mana jangkitan lebih tinggi.

“Kita menggunakan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) yang mempunyai nilai kekhususan tinggi untuk mengurangkan masa yang diperlukan bagi diagnosis, merawat dan mengasingkan,” katanya.

Namun, secara klinikal katanya, pegawai perubatan mungkin tidak bergantung sepenuhnya kepada hasil ujian kerana mereka mengetahui akan kemampuannya.

Tidak seperti RT-PCR, ujian RTK-Ag mengesan protein virus dalam tubuh, menunjukkan pesakit pada kemuncak jangkitan ketika tubuh mempunyai kepekatan protein virus tertinggi.

Walaupun harga berpatutan dan dapat memberikan hasil ujian kurang dari sejam, ia mungkin tidak dapat mengesan jangkitaan pada peringkat awal, tidak seperti pengunaan RT-PCR.

“Ini boleh menyebabkan keputusan negatif dan memberi perasaan selamat yang tidak benar,” kata pakar itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles