Sunday, May 9, 2021

MCMC proaktif selesai masalah capaian internet rakyat seluruh negara

Untuk langkah penyelesaian jangka panjang, pembinaan sebuah menara baru bakal dicadangkan dalam pelan Jendela akan datang.

Other News

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil pendekatan proaktif bagi menyelesaikan masalah capaian internet rakyat di seluruh negara yang mendapat liputan meluas media massa.

MCMC dalam kenyataan hari ini, memaklumkan ia termasuk masalah capaian internet di lapan lokasi iaitu Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh; Kampung Siram, Kedai Tanjong, Pasir Mas; Kampung Aring 5 Gua Musang di Kelantan; Kampung Kaum Asli Kemidak, Bekok, Segamat di Johor; Pulau Aman di Pulau Pinang; Kampung Labi, Beaufort; Kampung Panikuan, Kudat dan Kampung Waluhu, Ranau di Sabah.

“Bagi masalah capaian internet yang dihadapi penduduk setempat dan pelajar sekolah di Kampung Banggol Pak Esah di Kelantan, MCMC telah menghubungi Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk melaksanakan kerja penyambungan talian tetap Unifi ke rumah pengadu.

“Untuk penyelesaian jangka panjang bagi kawasan tersebut, sebuah menara telekomunikasi di Kampung Batu Selinsing akan dinaik taraf kepada teknologi 4G di bawah projek Jalinan Digital Negara (Jendela),” menurut kenyataan itu.

Selain itu, masalah capaian internet tidak stabil di Kampung Siram, Kedai Tanjong di Pasir Mas, Kelantan diselesaikan selepas pihak TM memasang talian Unifi di rumah pengadu manakala di Kampung Aring 5, Gua Musang, tinjauan dan tindakan menguji kekuatan isyarat setiap syarikat telekomunikasi telah dijalankan di lokasi itu.

Bagi pelan jangka panjang, sebuah menara telekomunikasi baharu di bawah projek Jendela akan dibina di kawasan ini dan masalah capaian internet lemah di Kampung Kaum Asli Kemidak, Bekok, Segamat, juga bakal diatasi dengan pembinaan menara telekomunikasi baharu di bawah Pelan Jendela Fasa 1 yang kini dalam proses tender.

“Ini adalah langkah pihak MCMC untuk membantu dengan secepat mungkin kawasan yang terkesan selain daripada mempercepatkan perancangan sedia ada agar penduduk setempat dapat melaksanakan aktiviti seharian mereka dengan lancar,” menurut kenyataan itu.

Seterusnya, bagi masalah capaian internet di Pulau Aman, Pulau Pinang, Celcom mengalihkan satu sektor antena di menara telekomunikasi Bukit Batu Kawan untuk menghala ke kawasan aduan bagi meningkatkan kualiti liputan di lokasi itu sebagai langkah penyelesaian sementara.

Kisah sekumpulan pelajar di Kampung Waluhu, Ranau yang terpaksa meredah hutan dan berdepan risiko binatang buas semata-mata untuk mendapatkan capaian internet ditangani dengan perancangan membina sebuah menara baharu Kg Singgaron Baru di bawah perancangan Jendela.

Untuk langkah penyelesaian jangka panjang, pembinaan sebuah menara baru bakal dicadangkan dalam pelan Jendela akan datang dan permohonan pihak penyedia perkhidmatan agar tabung Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) digunakan untuk membina menara baharu di kawasan PPS sedia ada sedang dipertimbangkan.

Kisah sekumpulan pelajar di Kampung Waluhu, Ranau yang terpaksa meredah hutan dan berdepan risiko binatang buas semata-mata untuk mendapatkan capaian internet ditangani dengan perancangan membina sebuah menara baharu Kg Singgaron Baru di bawah perancangan Jendela.

Menara berkenaan akan dibina pada lokasi yang bersesuaian bagi memberikan liputan lebih baik kepada Kg Singgaron Baru dan Kg Waluhu dan penduduk di sana juga boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan di PIK Kg. Bongkud.

Bagi Kampung Panikuan, Kudat pula akan menikmati perkhidmatan 4G setelah menara PPS di kampung tersebut siap dan beroperasi.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles