- Iklan -
Berita

Kematian harian Covid-19 tertinggi dicatatkan, 18 dilaporkan maut

3,631 kes baru, 2,554 sembuh.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Hospital Kuala Lumpur (HKL) melakukan semburan nyahkuman pada setiap kerusi roda selepas digunakan oleh pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan bagi mengekang penularan Covid-19. Gambar: Bernama
Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Hospital Kuala Lumpur (HKL) melakukan semburan nyahkuman pada setiap kerusi roda selepas digunakan oleh pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan bagi mengekang penularan Covid-19. Gambar: Bernama

Sebanyak 3,631 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk enam jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 172,549, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 2,554 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 132,706 kes.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 782 kes diikuti Johor 466 dan Sabah 453 kes,” katanya dalam sidang media harian.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 18 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 660 orang.

“Lapan kematian dilaporkan di Selangor, masing-masing tiga di Sabah dan Kuala Lumpur, dua di Sarawak serta satu di Johor dan Pulau Pinang,” katanya.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 42,814.

“Daripada jumlah itu 251 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 102 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Tambahnya terdapat 12 lagi kluster baru dikesan:

  1. Kluster Jalan Sungai Chandong di daerah Klang, Selangor (44 kes).
  2. Kluster Putra Tujuh di daerah Petaling, Selangor (12 kes).
  3. Kluster Jalan Perwira di daerah Johor Bahru, Johor (43 kes).
  4. Kluster Jalan Skudai di daerah Johor Bahru, Johor (18 kes).
  5. Kluster Jalan Indah Gemilang di daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi, Johor (13 kes).
  6. Kluster Tembok Renggam di daerah Kluang, Johor (31 kes).
  7. Kluster Selasih Perindu di daerah Kulai, Johor (106 kes).
  8. Kluster Ladang Desa Jerocco di daerah Kinabatangan, Sabah (38 kes).
  9. Kluster Serkam Tengah di daerah Jasin, Alor Gajah, dan Melaka Tengah, Melaka (31 kes).
  10. Kluster Kampung Paya Siput di daerah Temerloh, Pahang (10 kes).
  11. Kluster Tanjung Lumpur di daerah Kuantan, Pahang (11 kes).
  12. Kluster Jalan Kibabenua di Labuan (8 kes).