Friday, October 29, 2021

Gajah betina ceroboh sekolah di Gerik

Gajah liar itu merosakkan pagar elektrik yang dipasang di kawasan sekolah.

Other News

Seekor gajah betina berusia antara 30 hingga 35 tahun menceroboh masuk ke kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Kemar dekat Gerik pada Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata gajah liar itu merosakkan pagar elektrik yang dipasang di kawasan sekolah namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Kakitangan Perhilitan Perak pergi ke sekolah itu dan membaiki pagar tersebut termasuk menambah arus elektrik ke tahap 9.1 voltan dan ia cukup untuk halang gajah masuk, lampu biru ‘High LED’ untuk takutkan gajah juga dipasang,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Beliau mengulas satu video tular berdurasi satu minit 16 saat yang menunjukkan seekor gajah di dalam kawasan SK RPS Kemar, Gerik.

Yusof berkata Perhilitan Perak memasang pagar elektrik di sekeliling sekolah itu sejak November tahun lepas bagi mengelak insiden gajah liar memasuki premis tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk RPS Kemar untuk sama-sama menjaga pagar tersebut demi keselamatan bersama kerana pihak Perhilitan tidak berupaya menjaganya 24 jam sehari.

“Kami pasang pagar letrik tersebut kerana risau keselamatan para pelajar, anak-anak penduduk kampung dan guru sekolah. Kami harap penduduk juga dapat bersama-sama menjaga pagar eletrik itu,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles