Monday, March 1, 2021

Faizal Azumu letak jawatan presiden Pafa

Keputusan itu dibuat bagi memastikan krisis kewangan Pafa dapat diselesaikan secepat mungkin.

Other News

Terlibat Macau Scam, 13 polis bakal dihukum

Mereka dirujuk ke pihak Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk tindakan seterusnya.

Over 300 kidnapped schoolgirls still missing as Nigerian security forces search forests

Rumours circulated on social media on Sunday that the girls had been released, but they turned out to be false.

‘Light’ after darkness as Philippines Covid-19 vaccinations begin

The rollout started at six Manila hospitals a day after the government, under fire over delays in vaccine procurement, received 600,000 donated doses from Beijing.

Apple Malaysia sertai ‘gergasi’ lain dalam senarai pembayar cukai terbaik 2020

LHDN berjaya kutip cukai sebanyak RM123 bilion sepanjang 2020.

PM gesa penjawat awam segerakan bantuan rakyat

Proses permohonan penyampaian bantuan akan disegerakan bagi membantu rakyat mengatasi masalah kewangan akibat penularan Covid-19.

Bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan krisis kewangan Pafa dapat diselesaikan secepat mungkin memandangkan selepas tidak lagi menjadi menteri besar, sukar bagi beliau mendapatkan tajaan sama ada daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta.

“Penting bagi para pemain dan pegawai untuk mendapatkan sumbangan daripada pihak kerajaan negeri serta GLC untuk mereka meneruskan kehidupan dan menyara keluarga.

“Bayaran gaji para pemain serta pegawai telah tertunggak¬†sejak pertengahan November 2020 hingga kini yang melibatkan kos hampir RM2 juta setiap bulan,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Faizal berkata mengikut perancangan awal, beliau berhasrat melepaskan jawatan ketika kongres Pafa yang dijadualkan berlangsung selewat-lewatnya bulan hadapan.

“Tetapi saya membuat keputusan untuk lepas jawatan secepat mungkin kerana khuatir para pemain akan berhijrah ke pasukan lain sekiranya pembayaran gaji tidak dibuat dalam masa terdekat,” katanya sambil menambah pendaftaran proses penswastaan kelab Perak FC, logo, jersi serta kontrak pemain sudah diselesaikan.

Faizal dipilih sebagai Presiden Pafa pada 6 Disember 2018.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pafa yang juga pengurus pasukan The Bos Gaurus Adly Shah Ahmad Tah turut mengumumkan peletakan jawatan hari ini.

Katanya keputusan itu dibuat bagi menghormati tindakan presiden melepaskan jawatan serta kelangsungan pasukan.

“Keputusan ini dibuat atas dasar tanggungjawab, tiada guna ada jawatan tetapi tidak boleh membangunkan pasukan,” katanya yang turut hadir pada sidang media tersebut.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Umno didesak singkir Tajuddin sebagai pengarah pilihan raya

Tajuddin ketika dihubungi tidak menolak spekulasi itu dan tidak keberatan menerima sebarang keputusan ditetapkan parti.

SPRM sahkan RM1.2 juta tunai dirampas semasa pemimpin PKR berkait bekas menteri ditahan

SPRM juga mengesahkan penahanan dua pengarah syarikat, sebuah kereta mewah disita dan sejumlah RM77 juta dalam beberapa akaun bank dibekukan.

Lelaki ditahan ‘rakan keluarga dekat’, bukan pembantu, kata bekas menteri

Xavier cuba elakkan diri dari terlibat dalam siasatan rasuah yang melibatkan bekas kementeriannya.

Isu J&T disebabkan tekanan bebanan kerja, kata kementerian

Isu pembayaran komisen pekerja turut menjadi punca kepada kejadian yang tular itu.

PH sudah hilang majoriti ketika Dr M letak jawatan, peguam jawab Tommy Thomas

Ahli Parlimen Bersatu dan sebahagian daripada ahli Parlimen PKR keluar parti adalah punca mengapa Kabinet Pakatan Harapan (PH) tidak lagi boleh berfungsi.