- Iklan -
Berita

Jumlah kes aktif melepasi 40,000, 4,008 disahkan positif Covid-19

2,374 sembuh, 11 lagi kematian dilaporkan.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Warga asing beratur panjang bagi melakukan ujian saringan Covid-19 di Klinik Laurent Bleu USCI di Taman Connaught, Cheras.
Warga asing beratur panjang bagi melakukan ujian saringan Covid-19 di Klinik Laurent Bleu USCI di Taman Connaught, Cheras.

Sebanyak 4,008 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk lima jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 169,379, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 2,374 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 127,662 kes.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,391 kes diikuti Kuala Lumpur 513 dan Johor 470 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 41,087.

“Daripada jumlah itu 246 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 96 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 11 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 630 orang.

Tambahnya terdapat 16 lagi kluster baru dikesan:

  1. Kluster Tapak Bina Jalan Abdul Aziz di daerah Petaling, Selangor (56 kes).
  2. Kluster Bestari Rantau di daerah Klang, Selangor (16 kes).
  3. Kluster Jalan Sejahtera di daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur (15 kes).
  4. Kluster Tapak Bina Jalan Digital di daerah Kulai, Johor dan Hulu Terengganu, Terengganu (48 kes).
  5. Kluster Jalan Niaga di daerah Kota Tinggi dan Kluang, Johor (18 kes).
  6. Kluster Tampoi Lima di daerah Johor Bahru, Johor (26 kes).
  7. Kluster Jalan Seroja di daerah Kulai, Johor (10 kes).
  8. Kluster Jalan KKIP Selatan di daerah Kota Kinabalu, Sabah (14 kes).
  9. Kluster Kampung Balibata di daerah Beaufort dan Sandakan, Sabah (35 kes).
  10. Kluster Sungai Ibor di daerah Rembau, Negeri Sembilan (12 kes).
  11. Kluster Batu Enam di daerah Batang Padang, Perak (12 kes).
  12. Kluster Persiaran Tasek di daerah Batang Padang, Kinta, dan Kuala Kangsar, Perak (20 kes).
  13. Kluster Tapak Bina Bukit Sebukor di daerah Melaka Tengah, Melaka (28 kes).
  14. Kluster Jalan Usaha di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin, Melaka (36 kes).
  15. Kluster Sawmill Luit di daerah Maran dan Kuantan, Pahang (19 kes).
  16. Kluster Bukit Gelugor di daerah Kuantan, Pahang (22 kes).