Thursday, February 18, 2021

Kapal ditemui di Kuala Lipis dianggarkan dibina sekitar abad ke 18

Ia berdasarkan penemuan kepingan plat besi bertulis Vivian & Son pada 1824, iaitu syarikat yang ditubuhkan bagi menjalankan operasi peleburan tembaga.

Other News

Proksi Jho Low dilantik sebagai penandatangan sah dalam syarikat subsidiari 1MDB

Saksi ke-10 pendakwaan itu mengesahkan bekas pengarah eksekutif 1MDB dan rakan sekutu Jho Low, Terence Geh juga dilantik sebagai penandatangan sah dalam 1MDB GIL.

Najib akan temani Rosmah untuk keputusan kes rasuah esok

Esok, Mahkamah Tinggi akan memutuskan sama ada Rosmah perlu membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi sekolah di pedalaman Sarawak, atau dibebaskan.

Pertandingan 3 penjuru PRU15 rugikan politik Melayu-Islam, kestabilan negara

Hasil kajian tiga badan bukan kerajaan (NGO) itu mengambil kira negeri utara, pantai barat, pantai timur dan selatan.

SPRM sahkan RM1.2 juta tunai dirampas semasa pemimpin PKR berkait bekas menteri ditahan

SPRM juga mengesahkan penahanan dua pengarah syarikat, sebuah kereta mewah disita dan sejumlah RM77 juta dalam beberapa akaun bank dibekukan.

MACC confirms RM1.2 million cash seizure in probe on PKR man linked to ex-minister

It also confirms the arrest of two company directors, the seizure of a luxury car, and the freezing of some RM77 million in several bank accounts.

Rangka kapal yang ditemukan selepas banjir surut di Kampung Penjom, Kuala Lipis kira-kira 220 kilometer dari Kuantan pada dua hari lalu, dianggarkan dibina pada abad ke-18 dan 19.

Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara (JWN) Mesran Mohd Yusop berkata kapal yang diperbuat daripada binaan kayu dan tembaga itu berkemungkinan besar ialah kapal dagang milik Inggeris atau digunakan oleh pembesar pada zaman tersebut.

Ia berdasarkan penemuan kepingan plat besi bertulis Vivian & Son pada 1824, iaitu syarikat yang ditubuhkan bagi menjalankan operasi peleburan tembaga pada 1809 sebelum berkembang menjadi rumah peleburan terkemuka pada 1820.

Syarikat itu dipercayai mengalami zaman kejatuhan pada akhir abad ke-19 dan merosot pada awal abad ke-20 dan pada 1924, ia bergabung menjadi British Copper Manufacturers Limited yang kemudiannya diambil alih oleh Yorkshire Imperial Metals pada 1926.

“Pemeriksaan pada bahagian dalam kapal tidak menemukan artifak melainkan serpihan seramik buat masa ini. Namun, pihak kami mendapati terdapat kesan kapal itu diganggu dipercayai oleh mereka yang mengambil komponen seperti paku atau dinding kapal disalut tembaga.

“Kita percaya barangan tersebut dijual kepada pembeli barangan lusuh kerana semalam, selepas dinasihatkan polis, sebuah syarikat barangan lusuh memulangkan komponen yang dianggarkan seberat 100 kilogram yang dijual kepada mereka,” katanya ketika dihubungi di Kuantan hari ini.

Syarikat itu dipercayai mengalami zaman kejatuhan pada akhir abad ke-19 dan merosot pada awal abad ke-20 dan pada 1924, ia bergabung menjadi British Copper Manufacturers Limited yang kemudiannya diambil alih oleh Yorkshire Imperial Metals pada 1926.

Sehubungan itu, Mesran memohon mereka yang menyimpan komponen atau barangan diambil dari kapal tersebut untuk segera memulangkannya kepada polis memandangkan ia adalah sebahagian daripada warisan negara.

Mesran berkata JWN juga akan memulakan kerja penyelamatan dan pemindahan rangka kapal itu bagi tujuan penyelidikan dan pencarian bukti sejarah, dan bagi tujuan itu, rangka kapal tersebut akan dipindahkan ke Muzium Warisan Kuala Lipis.

“Bagaimanapun, sementara kapal itu masih berada di lokasi penemuan, kami akan meminta bantuan polis untuk terus memantau lokasi tersebut bagi mengelakkan berlaku lagi insiden pencerobohan atau kehilangan objek,” katanya.

Rangka kapal itu ditemukan terdampar di tepi Sungai Lipis, berdekatan jambatan gantung Sungai Kampung Pagar Penjom pada Khamis lepas (14 Januari) dipercayai kesan akibat banjir yang melanda kampung tersebut pada 3 Januari.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Gelaran Datuk Farid Kamil, Boy Iman ditarik balik

Surat penarikan balik pengurniaan darjah kebesaran terhadap mereka berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Mangsa banjir Sarawak meningkat kepada 133 orang

Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara kini beroperasi di dua daerah yang dilanda banjir sejak semalam.

Banjir di Sarawak, Pahang semakin pulih

Keadaan banjir di Sabah tidak banyak berubah dengan lapan daerah masih terjejas.

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat

Keadaan di Sarawak kekal, Pahang pula semakin pulih.

Program vaksinasi Covid-19 mengikut jadual, kata PM

Program vaksinasi ini berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.