- Iklan -
Berita

Skandal kartel daging, SPRM tahan ejen penghantaran

Ejen penghantaran itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 8.00 malam tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Skandal daging import menggemparkan negara akhir tahun lalu. Gambar: Bernama
Skandal daging import menggemparkan negara akhir tahun lalu. Gambar: Bernama

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor malam tadi menahan seorang lelaki disyaki terlibat dengan rasuah, yang berkaitan dengan isu skandal kartel daging.

Difahamkan lelaki berumur 55 tahun yang merupakan ejen penghantaran itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 8.00 malam tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pengarah SPRM Johor Azmi Alias ketika dihubungi malam tadi mengesahkan tangkapan, namun enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

Lelaki itu dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini bagi permohonan reman.

Pada 1 Disember tahun lepas, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dilaporkan mendedahkan kegiatan kartel daging sejuk beku import yang membawa masuk daging tanpa sijil halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk membolehkannya dijual di pasaran tempatan.