Tuesday, March 9, 2021

Ahli Parlimen pembangkang dari 7 parti tolak gesaan Umno untuk adakan PRU15 ketika pandemik

Kami begitu terkejut dengan permintaan berterusan oleh Umno menuntut mengadakan pilihan raya dalam keadaan pandemik.

Other News

PAS parti kecil, tak perlu campur urusan Umno, kata Tajuddin

Umno menolak usaha PAS untuk menjadi pendamai di antara parti itu dan Bersatu.

Stay out of our war with Bersatu, Umno warns PAS

Umno election chief Tajuddin Abdul Rahman says his party's decision not to cooperate with Bersatu is final.

Zahid claims trial to amended charge in charity foundation case

The amendment saw an increase in the value and number of cheques involved.

Shahidan Kassim dilantik pengerusi baru PR1MA

Lantikan Shahidan Kassim sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa serta-merta.

3 kesilapan besar Zahid Hamidi

Langkah-langkah politik Ahmad Zahid Hamidi ketika ini dilihat berada dalam keadaan defensif.

Lebih sedozen ahli Parlimen menolak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada musim pandemik, ketika pemimpin-pemimpin Umno yang bersekutu dengan Najib Razak terus mengugut untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

“Hampir tiga minggu selepas belanjawan yang sepatutnya mesra rakyat ini diluluskan, Umno mahu menggunakan pilihan raya sebagai muslihat terakhir untuk merebut lebih banyak kuasa dengan mengorbankan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia,” kata 14 pemimpin itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.

“Mereka memperlihatkan kepada kita semua diri mereka yang sebenar.”

Kenyataan itu ditandatangani 13 ahli Parlimen dan seorang senator iaitu: Darell Leiking (Penampang), Syed Saddiq (Muar), Mohd Azis Jamman (Sepanggar), Hannah Yeoh (Segambut), Yeo Bee Yin (Bakri), Baru Bian (Selangau), Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh), Salahuddin Ayub (Pulai), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Teo Nie Ching (Kulai), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Khalid Samad (Shah Alam) dan Marzuki Yahya (senator).

Mereka yang terdiri daripada anggota parti DAP, PKR, Amanah, Warisan, Pejuang, Muda dan PSB berkata, semalam sejumlah 1,741 kes baru positif Covid-19 dicatatkan dan beberapa negeri pula kini dilanda banjir menyebabkan lebih 15,000 rakyat terpaksa dipindahkan.

“Dengan mempertimbangkan semua perkara ini, kami begitu terkejut dengan permintaan berterusan oleh Umno menuntut mengadakan pilihan raya dalam keadaan seperti ini.”

Mereka berkata, apa yang dilakukan Umno pada hari ini tidak ubah seperti tindakan bekas perdana menteri Najib Razak yang pernah menggesa ahli-ahli Umno untuk mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun menjelang PRU13 pada 2013 dengan berkata. “Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!”

“Rakyat Malaysia mesti menolak cita-cita jahat dan sikap mementingkan diri demi kuasa. Kita sudah cukup banyak kehilangan masa bertahun-tahun akibat salah laku pentadbiran dan rasuah,” kata kenyataan itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

DAP tolak kerjasama politik dengan Umno pada PRU15

DAP hanya akan bekerjasama dengan Umno dalam soal melibatkan rakyat.

DAP says no party-to-party cooperation with Umno for GE15

DAP secretary-general Lim Guan Eng says any cooperation will be on an ad hoc basis, such as in efforts to convene Parliament.

Di mana untungnya Umno berpecah dari PN?

Persoalannya apa untungnya untuk Umno dengan tindakan Zahid ini?

Ahli Parlimen PKR sahkan tiada tawaran RM10 juta untuk lompat parti

SPRM masih meneruskan siasatan berhubung dakwaan rasuah tersebut.

No RM10 million offer to jump ship, says PKR MP

This follows the MACC report lodged by Natrah Ismail over an alleged attempt to procure her support for Prime Minister Muhyiddin Yassin.