Friday, June 25, 2021

SPRM tahan 4 individu seludup daging sejuk beku

Mereka disyaki terlibat dengan aktiviti penyeludupan bahan mentah itu dari negara yang dilarang dibawa masuk ke Malaysia.

Other News

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan empat individu iaitu pengarah dan pekerja syarikat pengimport daging sejuk beku kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah berhubung isu aktiviti penyeludupan bahan mentah itu dari negara yang dilarang dibawa masuk ke Malaysia.

Menurut sumber, kesemua mereka berusia lingkungan 39 hingga 50 tahun itu, ditahan di pejabat SPRM Johor malam tadi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Sumber berkata SPRM memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan isu kepentingan rakyat khususnya umat Islam di negara ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Hasil kerjasama beberapa agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, telah mengenal pasti pengimport daging berkenaan,” menurut sumber itu.

Pengarah SPRM Johor Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kesemua OKT akan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini bagi permohonan reman.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles