Saturday, September 18, 2021

Belanjawan pertahanan Trump ditolak

320 ahli Dewan Perwakilan menolak veto presiden dan hanya 87 menyokong.

Other News

Majoriti ahli Dewan Perwakilan Kongres Amerika Syarikat (AS) mengundi mengetepikan veto Presiden Donald Trump ke atas rang undang-undang perbekalan (RUU) pertahanan berjumlah AS$740 bilion, merintis jalan untuk Senat mengetepikan perbezaan parti untuk turut membuat keputusan sama.

Dewan Senat dan Dewan Perwakilan Kongres memerlukan undi dua pertiga untuk mengetepikan veto Presiden dan undian pada Isnin menunjukkan 320 ahli Dewan Perwakilan menolak veto presiden dan hanya 87 menyokong, lapor Agensi Anadolu.

Senat dijangka turut mengundi menolak pendirian presiden secepat-cepatnya pada Selasa.

RUU itu diluluskan oleh Senat pada awal bulan ini dengan undi majoriti besar iaitu 84 berbanding 13 menentang.

Trump yang kini kelihatan kehilangan taring sebelum melepaskan jawatan Januari ini, pada minggu lalu menggunakan kuasa veto untuk menolak RUU belanjawan pertahanan tahunan selepas tidak berpuas hati kerana beberapa tuntutannya tidak dimasukkan.

Antara tuntutannya adalah memasukkan pindaan terhadap undang-undang berkaitan kekebasan bersuara di media sosial yang memberi perlindungan kepada pemilik laman webdaripada disaman berkaitan kandungan dikeluarkan pengguna.

Di sebalik tuntutannya itu, RUU berkenaan tidak memasukkan sebarang pindaan terhadap perkara tersebut.

Trump dan sekutunya dari Parti Republikan menyasarkan kritikan terhadap Seksyen 230 kerana menyifatkan ia membolehkan syarikat media sosial menapis pandangan konservatif.

Seksyen 230 adalah satu daripada hanya beberapa bahagian dalam Akta Kawalan Komunikasi yang masih kekal selepas sebahagian besarnya ditolak Mahkamah Agung atas alasan memastikan kebebasan bersuara.

Trump turut mengecam syarat terkandung dalam RUU itu yang menuntut Jabatan Pertahanan menamakan semula markas tentera atau tugu yang dinamakan sempena pegawai tentera Konfiderasi.

Pihak Konfiderasi adalah pergerakan pemisah yang mencetuskan perang saudara di AS pada pertengahan tahun 1800-an kerana menuntut supaya taraf hamba abdi dikekalkan ke atas penduduk kulit hitam.

Markas, pangkalan dan tugu mengenang Konfederasi, menjadi sasaran bantahan rakyat ekoran beberapa kejadian lelaki kulit hitam dibunuh polis tahun ini, termasuk insiden pembunuhan George Floyd pada Mei.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles