Saturday, February 27, 2021

3 syarikat pengeluar daging terbesar dijamin halal, kata timbalan menteri

Allana Group, Amroon dan Al-Aali adalah antara pembekal daging yang diiktiraf.

Other News

Mengejek tak membantu perbaiki kelemahan bahasa Inggeris guru, kata pendidik

Mereka berkata, sebutan yang tidak tepat seharusnya dibetulkan secara positif, bukannya mengejek kerana ia tidak memperbaiki apa-apa.

Throwing stones won’t help, educationists say on teacher with ‘bad English’

They say mispronunciations should be corrected through positive reinforcement, and that mocking others for their English won't improve anything.

UK Supreme Court rejects legal bid by IS bride to return

Five judges at the Supreme Court gave a unanimous decision in the case of Shamima Begum, whose legal battles have come to be seen as a test of how Britain treat nationals who joined jihadists.

Khairy jelaskan mengapa tidak ambil vaksin Pfizer

Beliau merupakan menteri yang menguruskan pembelian vaksin dan masih belum mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Duta AS baru lapor diri di Kuala Lumpur

Beliau mempunyai pengetahuan luas tentang Asia Tenggara dan pernah bertugas di Jakarta dan Seoul.

Tiga syarikat pengeluar daging sejuk beku terbesar iaitu Allana Group, Amroon dan Al-Aali adalah antara pembekal daging yang dijamin halal, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Rosol Wahid.

Oleh itu, beliau berkata masyarakat Islam di negara ini tidak perlu berasa was-was dengan pembelian daging daripada tiga syarikat berkenaan.

“Jangan terpengaruh dengan maklumat tersebar di media sosial yang menyebarkan pelbagai andaian dan dakwaan kartel daging ini adalah haram dan sudah berlaku lebih 40 tahun,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di syarikat pengimport daging sejuk beku di Fatric Sdn Bhd di Selayang di sini hari ini.

Rosol berkata lawatan ke syarikat tersebut bagi memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa bekalan daging yang terdapat di pasaran adalah halal.

Terdahulu di Dewan Negara hari ini Rosol berkata sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku yang dipercayai berkaitan dengan kartel daging haram di Johor akan didakwa di mahkamah esok kerana menggunakan logo halal palsu pada kenderaannya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan cuba melindungi pihak dan syarikat yang terlibat dalam perkara yang menimbulkan keresahan umat Islam di negara ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Jakim digesa guna pakai teknologi rantaian blok demi elak skandal daging halal

Penggunaan platform TradeLens di Malaysia mampu memodenkan proses penghantaran, mewujudkan ketelusan yang lebih ketara serta meningkatkan kepuasan pelanggan.

Syarikat palsukan logo halal didakwa esok

Tindakan itu sekali gus menafikan dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan cuba melindungi pihak dan syarikat yang terlibat.