- Iklan -
Berita

1,683 kes baru Covid-19, 1,214 dilaporkan pulih

Jumlah kes keseluruhan 90,816.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita memakai pelitup muka ketika melalui kawasan di hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang, Kuala Lumpur.
Seorang wanita memakai pelitup muka ketika melalui kawasan di hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang, Kuala Lumpur.

Sebanyak 1,683 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk enam jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 90,816, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 1,214 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 75,244 kes atau 82.9%.

“Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 692 kes atau 41.1% diikuti Sabah 260 kes (15.4%) dan Kuala Lumpur 197 kes (11.7%),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 15,140 kes.

“Daripada jumlah itu 106 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 51 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Jumlah mangsa yang maut kekal 432 orang.

Terdapat enam lagi kluster baru dikesan membabitkan Kluster Tapak Bina Lebuh di daerah Sepang, Selangor; Kluster Sugud (Penampang dan Papar, Sabah); Kluster Tapak Bina Jalan Tengah (Lembah Pantai, Kuala Lumpur) dan Kluster Persiaran Heights (Seremban, Negeri Sembilan).

Dua lagi kluster dilaporkan di Johor iaitu di daerah Kluang, membabitkan Kluster Tembok Gajah dan Kluster Utama Rini di Johor Bahru, Kulai dan Pontian.