Monday, March 1, 2021

Isu usul undi percaya, tidak percaya dibahaskan di Parlimen hari ini

Perbahasan isu ini dijangka menghangatkan Dewan Rakyat hari ini.

Other News

Muhyiddin’s report card, one year on

In assessing Muhyiddin, one must take into account the twin crises that coincided with his premiership: the Covid-19 pandemic and the resulting economic fallout.

Kes baru Covid-19 kembali turun bawah 2,000

5 lagi kematian menjadikan jumlah 1,135 keseluruhannya.

New cases dip below 2,000

Five more deaths take toll to 1,135.

Pembunuhan pengasas Ambank, mahkamah kekal hukuman mati pesalah

Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf turut mengekalkan hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan ke atas Koong Swee Kwan.

Muhyiddin’s first year as prime minister

The prime minister's refusal to interfere in cases involving individuals whose support is critical to his government is a courageous move in Malaysian politics.

Isu berhubung usul undi tidak percaya dan undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin merupakan antara yang dijangka dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) meminta perdana menteri menyatakan bilakah 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya akan dibentang, dibahas dan diundi di Dewan Rakyat pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) pula meminta menteri pelancongan, seni dan budaya menyatakan strategi jangka pendek kementerian bagi memastikan aktiviti pelancongan domestik dapat dioptimumkan semula susulan kebenaran rentas negeri dan daerah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pada sesi soal jawab lisan, Wong Shu Qi (PH-Kluang) membangkitkan persoalan sama ada kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atau cukai kekayaan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan.

Sementara itu, sesi perbahasan dan penggulungan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa diteruskan dengan tiga lagi kementerian dijangka menggulung perbahasan.

Tiga kementerian berkenaan ialah kementerian belia dan sukan, sumber manusia serta komunikasi dan multimedia yang dijangka hangat ekoran peruntukan bagi agensi Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang menjadi pertikaian kebanyakan ahli Parlimen.

Kerajaan sebelum ini bersetuju menjenamakan semula Jasa sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan peranan dan fungsi berbeza.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

00:15:16

Talk, Now with Art Harun

Dewan Rakyat Speaker Azhar Harun talks to Dangsuria Zainurdin about his childhood and music, the joy of kampung life, the sorrows of high posts, and the personal toll that comes with it – in this pilot episode of Talk, Now.

Speaker Art Harun shocked by friends who ‘unfriended’ him

The former lawyer opens up about himself, including how his appointment as Dewan Rakyat speaker has taken a personal toll.

Agong boleh benarkan sidang Parlimen semasa darurat, kata Istana Negara

Tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat

Ahli Parlimen PH dalam jawatankuasa khas darurat tetap mahukan sidang Parlimen

Mereka berkata sidang Dewan Rakyat sangat penting untuk memastikan segala agenda dan langkah-langkah untuk membendung Covid-19 dapat dibahaskan.

PH trio in emergency committee insist on Dewan Rakyat sitting

They say this will help ensure checks and balance and allow MPs to debate the measures taken to contain Covid-19.