Wednesday, May 19, 2021

1,123 kes baru Covid-19, 490 di Lembah Klang

Kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 10,775.

Other News

Sebanyak 1,123 kes harian baru Covid-19 direkodkan hari ini termasuk lima kes import, menjadikan angka kes positif berjumlah 71,359, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham dalam satu kenyataan berkata sebanyak 1,143 kes sembuh direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih sepenuhnya adalah 60,204 atau 84.4%.

Katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencatatkan sebanyak 10,775.

“Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 490 (46.3%), dan daripada jumlah itu Kuala Lumpur merekodkan 265 atau 26.3%.

“Sabah pula mencatatkan 391 kes atau 34.8%,” katanya dalam kenyataan itu.

Tambahnya sehingga kini, terdapat 130 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, termasuk 54 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat empat kes kematian direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif mereka yang maut kepada 380 orang,” katanya.

Sebanyak empat kluster baru turut dikesan membabitkan Kluster Batu Tiga (Tawau); Kluster Jalan Domis (Penampang, Kota Kinabalu dan Tongod); Kluster Andalas (Klang) dan Kluster Tapak Bina Bulatan (Titiwangsa dan Lembah Pantai).

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles