Thursday, June 17, 2021

1,075 kes baru Covid-19, 948 pulih, 11 lagi kematian dilaporkan

Selangor catat 459 kes diikuti Sabah 310 jangkitan baru.

Other News

Sebanyak 1,075 kes harian baru Covid-19 direkodkan hari ini termasuk tiga kes import, menjadikan angka kes positif berjumlah 69,095, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham dalam satu kenyataan berkata sebanyak 948 kes sembuh direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih sepenuhnya adalah 57,917 atau 83.8%.

Katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencatatkan sebanyak 10,802.

“Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 508 (47.3%), dan daripada jumlah itu Selangor merekodkan 459 atau 90.4%.

“Sabah pula mencatatkan 310 kes (28.8%) dan diikuti Johor sebanyak 78 kes (7.3%),” katanya dalam kenyataan itu.

Tambahnya sehingga kini, terdapat 116 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, termasuk 46 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat 11 kes kematian direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif mereka yang maut sebanyak 376 orang,” katanya.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles