- Iklan -
Berita

10-0: Belanjawan KPDNHEP lulus tanpa bantahan

Peruntukan RM1.151 bilion KPDNHEP lulus tanpa bantahan mana-mana pihak

Fazreen Kamal
1 minit bacaan
Kongsi
Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun pada Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen. Gambar: Bernama
Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun pada Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen. Gambar: Bernama

Belanjawan 2021 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) lulus dengan undian suara, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Katanya, memaklumkan di bawah bekalan dan pembangunan KPDNHEP dengan peruntukan RM1.151 bilion lulus tanpa bantahan mana-mana pihak.

Ini menjadikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya meluluskan 10 Rang Undang-undang (RUU) berhubung Belanjawan 2021.

Peruntukan KPDNHEP yang berjumlah RM1.151 billion dengan perbelanjaan mengurus RM1.08 bilion dan perbelanjaan pembangunan sejumlah RM66.69 juta bagi kementerian itu.

Ia turut melibatkan agensi di bawahnya untuk menggerakan sektor domestik utama yang progresif dan mampan berasaskan persaingan adil serta membangunkan ekosistem perdagangan demi kepentingan pengguna bagi tahun 2021.

Terdapat sembilan aktiviti yang dirancang oleh KPDNHEP untuk 2021.

Awal hari ini, Belanjawan 2021 bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) diluluskan dengan undi belah bahagi apabila 110 ahli Parlimen menyokong, 104 tidak setuju manakala 6 tidak hadir.

Sesi perbahasan belanjawan kementerian itu sedikit tegang apabila beberapa ahli Parlimen mempersoalkan peruntukan yang diberikan kepada Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2020.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan RUU Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dengan undian suara.

Terdahulu, Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan diluluskan pada peringkat dasar Khamis lepas dengan suara majoriti selepas usaha ahli Parlimen pembangkang mendapatkan undi belah bahagi tidak berjaya.