Saturday, October 16, 2021

1,472 kes baru Covid-19, 891 di Selangor

Sebanyak 1,552 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan.

Other News

Kes harian Covid-19 lepasi 7,500

3 killed, 7 injured in Bali quake

New cases hover at 7,500

91.4% dewasa lengkap divaksinasi

91.4% of adults fully vaccinated

Sebanyak 1,552 pesakit dilaporkan sembuh sepenuhnya menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih berjumlah 56,311 kes atau 83.8%, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham dalam satu kenyataan berkata terdapat 1,472 kes baru jangkitan Covid-19 termasuk lima jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 67,169.

Katanya Selangor mencatatkan sebanyak 891 kes atau 87.3% daripada kes harian.

“Ia disumbang oleh Kluster Teratai yang merekodkan sejumlah 778 kes atau 52.9%,” katanya dalam kenyataan itu.

Tambahnya sebanyak 10,495 kes aktif sedang menerima rawatan di hospital, 120 pesakit di tempat di Unit Rawatan Rapi termasuk 44 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat tiga lagi kes kematian turut dilaporkan menjadikan jumlah mangsa yang maut seramai 363 orang,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles