- Iklan -
Berita

2,188 kes baru Covid-19, 1,623 di Selangor

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 58,847 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar yang dirakam pada 8 Mei lalu di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur menunjukkan pekerja asing berbaris bagi menjalani saringan Covid-19.
Gambar yang dirakam pada 8 Mei lalu di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur menunjukkan pekerja asing berbaris bagi menjalani saringan Covid-19.

Sebanyak 2,188 kes jangkitan baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 58,847, kata Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, sebanyak 1,673 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 44,153 kes atau 75%.

“Selangor masih lagi mencatatkan pelaporan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,623 kes atau 74.2%.

“Ia diikuti Sabah sebanyak 232 kes (10.6%) dan Perak sebanyak 112 kes (5.1%),” katanya dalam kenyataan itu.

Tambahnya, sebahagian besar kes yang dilaporkan di Selangor berpunca daripada Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 1,511 kes.

Noor Hisham berkata, kes aktif kini berjumlah 14,353, dengan 112 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 49 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat empat lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 341 orang,” katanya.