- Iklan -
Berita

1,114 kes baru Covid-19, 803 pulih, 2 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 12,131 kes aktif direkodkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kelihatan seorang anggota tentera berkawal di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, selepas pelaksanaan PKPD di kawasan itu. Gambar: Bernama
Kelihatan seorang anggota tentera berkawal di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, selepas pelaksanaan PKPD di kawasan itu. Gambar: Bernama

Sebanyak 1,114 kes jangkitan baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk dua jangkitan import menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 46,209.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, seramai 803 pesakit yang sebelum ini dirawat di hospital di seluruh negara dibenarkan pulang selepas pulih sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 33,772 orang.

“Sabah mencatatkan sebanyak 391 kes baru atau 35.1% daripada kes keseluruhan manakala Lembah Klang pula merekodkan 217 jangkitan dan Negeri Sembilan melaporkan 371 kes atau 33.3%,” kata kenyataan itu hari ini.

Sebahagian besar kes baru di Negeri Sembilan adalah daripada Kluster Cergas iaitu sebanyak 362 kes atau 97.8%.

Tambah kenyataan itu, kes aktif kini berjumlah 12,131 dan kesemua pesakit sedang menerima rawatan di hospital termasuk 103 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 43 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat dua kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 306 orang,” katanya.