Monday, June 14, 2021

Pengantin luar Pahang perlu jalani ujian Covid-19 sebelum akad nikah

Keputusan ujian Antigen Rapid Test Kid (RTK-Ag) perlu dibuat dalam tempoh 72 jam sebelum majlis dijadualkan berlangsung.

Other News

Setiap bakal pengantin dan rombongan yang datang dari luar Pahang perlu mengemukakan keputusan ujian Antigen Rapid Test Kid (RTK-Ag) Covid-19 yang dibuat dalam tempoh 72 jam sebelum majlis akad nikah berlangsung di negeri ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Zulkifle Ali berkata ujian tersebut boleh dibuat di mana-mana kemudahan kesihatan kerajaan atau swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan termasuk di negeri asal individu terlibat.

“Kos menjalani ujian itu adalah tanggungan sendiri dan ketidakpatuhan dalam aspek masa, jenis dan keputusan ujian RTK boleh menyebabkan majlis akad nikah ditangguhkan dengan kuasa kadi daerah,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkifle berkata keputusan ujian itu hendaklah dikemukakan kepada pejabat agama Islam daerah bersama dengan permit kebenaran merentas negeri sebelum majlis dibenarkan berlangsung.

Syarat itu dibuat berdasarkan situasi terkini Covid-19 yang menyaksikan sebilangan besar negeri tertakluk kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), selain untuk membendung penularan wabak tersebut di Pahang.

PKPB dilaksanakan di Semenanjung Malaysia kecuali di Kelantan, Pahang dan Perlis sehingga 6 Disember ini.

“Kos menjalani ujian itu adalah tanggungan sendiri dan ketidakpatuhan dalam aspek masa, jenis dan keputusan ujian RTK boleh menyebabkan majlis akad nikah ditangguhkan dengan kuasa kadi daerah,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Zulkifle memaklumkan majlis akad nikah hanya boleh dilaksanakan di pejabat agama Islam daerah atau di lokasi yang difikirkan sesuai oleh kadi daerah, dengan tempoh masa maksimum perjalanan majlis selama 20 minit.

“Upacara adat istiadat tidak dibenarkan sama sekali dan kehadiran yang dibolehkan hanya lapan orang termasuk jurunikah, dua orang saksi, pasangan pengantin dan wali,” katanya.

Zulkifle berkata giliran waktu majlis berlangsung ditentukan oleh kadi selepas perbincangan dengan pihak bakal pengantin dan mereka yang hadir wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pejabat agama Islam daerah.

Ini termasuklah memakai pelitup muka, melepasi ujian suhu, mendaftar kehadiran, menggunakan cecair pembasmi kuman dan mematuhi aspek penjarakan fizikal.

“Kita berharap semua pihak dapat mematuhi syarat yang ditetapkan. Jika garis panduan ini tidak dipatuhi, kadi atau wakilnya boleh menangguhkan majlis akad nikah tersebut,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles