- Iklan -
Berita

Belanjawan 2021: Peruntukan khas RM1 bilion tangani impak Covid-19

Dalam Belanjawan 2021 yang bertemakan "Teguh Kita, Menang Bersama" Tengku Zafrul berkata peruntukan ini adalah untuk membendung gelombang ketiga Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ia termasuk penyediaan peralatan PPE dan hand sanitiser kepada petugas barisan hadapan KKM.
Ia termasuk penyediaan peralatan PPE dan hand sanitiser kepada petugas barisan hadapan KKM.

Kerajaan menyediakan peruntukan khas sebanyak RM 1 bilion dalam Belanjawan 2021 bagi menangani impak Covid-19, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Dalam Belanjawan 2021 yang bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” Tengku Zafrul berkata peruntukan ini adalah untuk membendung gelombang ketiga Covid-19.

“Bagi tahun hadapan, peruntukan ini antaranya merangkumi pertama, RM 475 juta bagi pembelian bekalan reagen, kit saringan dan bahan guna habis khusus untuk kegunaan Kementerian Kesihatan atau KKM.

“Kedua, RM 318 juta bagi penyediaan peralatan PPE dan hand sanitiser kepada petugas barisan hadapan KKM; ketiga, RM 150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras usaha memerangi Covid-19,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Tengku Zafrul berkata, RM 50 juta akan diperuntukkan bagi perolehan peralatan, bekalan ujian makmal dan ubat-ubatan di Hospital Pengajar Universiti; serta menambah peralatan pengoperasian fasiliti pergigian, perkhidmatan klinik secara maya serta penyediaan fasiliti zon saringan dan termometer di kemudahan kesihatan bagi memenuhi SOP norma baru.

“Bagi tahun hadapan, peruntukan ini antaranya merangkumi pertama, RM 475 juta bagi pembelian bekalan reagen, kit saringan dan bahan guna habis khusus untuk kegunaan Kementerian Kesihatan atau KKM.

Katanya, kerajaan menghargai pengorbanan dan keringat petugas barisan hadapan dalam mengendalikan wabak Covid-19.

“Sejak Mac lalu, kerajaan memberikan Elaun Khas Covid-19 sebanyak RM 600 sebulan kepada barisan hadapan KKM dan ia akan diteruskan sehingga ancaman pandemik ini berjaya diatasi.

“Sebagai tambahan, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian one-off sebanyak RM 500 bagi menghargai jasa anggota barisan hadapan KKM yang dijangka memanfaatkan 100 ribu petugas kesihatan,” katanya.