Tuesday, June 22, 2021

Sultan Perak kurnia pengampunan kepada 2 banduan

Pembebasan awal dua orang banduan itu dilakukan sempena Hari Keputeraan ke-64 yang disambut esok.

Other News

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memberi perkenan bagi pembebasan awal dua orang banduan sempena Hari Keputeraan ke-64 yang disambut esok.

Setiausaha Lembaga Pengampunan Perak Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata kedua-dua banduan itu yang tarikh bebas masing-masing adalah pada 18 Mei 2022 dan 24 Jun 2023 telah mendapat perkenan pembebasan lebih awal, berkuat kuasa hari pada 6 November.

Katanya menjelang sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Perak ke-64, Sultan Nazrin telah mempengerusikan persidangan Lembaga Pengampunan negeri Perak pada Selasa lepas dan sebanyak 12 rayuan dipersembahkan untuk pertimbangan.

“Setelah menimbang laporan Jabatan Penjara Malaysia, pendapat Peguam Negara serta pandangan dan ulasan ahli-ahli Lembaga Pengampunan, Sultan Perak berpuas hati bahawa hukuman yang dilalui dua banduan telah memberi pengajaran berguna kepada mereka untuk berubah dan seterusnya berkelakuan baik,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Suaidi berkata Sultan Nazrin beritah bahawa sesuatu hukuman yang dijatuhkan bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat agar undang-undang negara didaulatkan.

Sementara itu, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Zahidi Zainuddin berkata sempena hari Keputeraan ke-64 Sultan Perak esok, bacaan surah Yasin dan doa selamat akan diadakan di masjid serta surau seluruh negeri dengan diketuai Orang Besar Jajahan serta pengawai daerah.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles