Thursday, November 26, 2020

2 vaksin influenza diguna semula, kata KP Kesihatan

Pada Oktober lepas vaksin Vaxigrip Tetra dan SKYCellflu Quadrivalent dihentikan sementara selepas terdapat kes kematian dikaitkan dengan produk tersebut.

Other News

PNBBC sokong penuh undi belanjawan esok

Desas-desus undian Belanjawan 2021 akan gagal esok menimbulkan kebimbangan banyak pihak.

PN backbenchers pledge ‘solid support’ for budget, PM

They say they will put aside their differences to prioritise the fight against the Covid-19 pandemic.

Top Glove diarah saring lebih 2,000 pekerja tinggal luar kawasan PKPD

Langkah itu bagi mengelak penularan wabak tersebut di kawasan komuniti.

Top Glove told to screen over 2,000 workers living outside EMCO area

Minister Ismail Sabri Yaakob says this is to prevent the spread of the pandemic in community areas.

Kerajaan timbang saring pekerja asing setiap dua minggu

Sekarang ini saringan kesihatan yang diwajibkan bagi pekerja asing di negeri-negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan bahawa dua produk vaksin influenza iaitu Vaxigrip Tetra dan SKYCellflu Quadrivalent yang dihentikan sementara penggunaannya sebelum ini, boleh digunakan semula.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini berkata KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menjalankan penilaian risiko terperinci bagi kedua-dua jenama vaksin yang terlibat.

Katanya, penilaian berkenaan dijalankan berdasarkan informasi diterima daripada Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea (KDCA), laporan keselamatan tempatan dan global serta badan regulatori antarabangsa lain.

“Sehingga 31 Oktober, pihak KDCA mengesahkan bahawa kebarangkalian adalah sangat rendah untuk mengaitkan vaksin influenza sebagai punca kematian seperti yang dilaporkan (sebelum ini).

“Laporan siasatan bagi 72 kes daripada 83 kes kematian (11 kes masih dalam siasatan) tersebut menunjukkan bahawa, punca kematian adalah disebabkan oleh penyakit sedia ada dihidapi oleh individu berkenaan atau sebab lain tiada hubungkait dengan vaksin influenza yang diberikan,” katanya.

KKM pada 28 Oktober lepas menasihatkan pengamal perubatan menghentikan sementara penggunaan dua produk vaksin influenza tersebut berikutan terdapat laporan kes kematian dikaitkan dengan produk berkenaan di Korea Selatan.

Sementara itu, Noor Hisham berkata pihak KDCA juga mengesahkan tiada jenama, pengilang atau nombor kelompok vaksin tertentu yang boleh dikaitkan dengan kes-kes kematian yang berlaku.

“Sehingga 31 Oktober, pihak KDCA mengesahkan bahawa kebarangkalian adalah sangat rendah untuk mengaitkan vaksin influenza sebagai punca kematian seperti yang dilaporkan (sebelum ini).

Katanya, KKM juga telah menilai kualiti produk dan menyemak data laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) tempatan serta global, meliputi profil keselamatan bagi semua vaksin influenza, termasuk kedua-dua jenama vaksin tersebut.

Tambahnya, sejumlah 1.5 juta dos vaksin influenza dibawa masuk ke Malaysia sehingga Oktober 2020 dengan hasil penilaian kesemuanya termasuk kedua-dua jenama vaksin berkenaan mematuhi standard kualiti yang ditetapkan.

“Hasil semakan lanjut juga menunjukkan tiada kes kematian yang dilaporkan susulan pemberian mana-mana vaksin influenza di Malaysia. Kesan advers yang dilaporkan merupakan kesan advers yang biasa berlaku serta telah didokumentasikan,” katanya.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

970 kes baru Covid-19, 2,348 pulih, 4 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 12,971 kes aktif direkodkan.

Kanak-kanak 12 tahun ke bawah dijangka tidak terima vaksin Covid-19

Tiada vaksin Covid-19 sedang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal yang menjalankan ujian keberkesanan dan kesannya terhadap kanak-kanak.

2,188 kes baru Covid-19, 1,623 di Selangor

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 58,847 kes.

Jangan salah faham, ‘doula’ bukan bidan atau jururawat, kata menteri 

Doula tanpa pendaftaran boleh dikenakan denda RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun.

Bekas menteri bidas pengeluar sarung tangan Top Glove selepas lebih 1,000 pekerja dijangkiti Covid-19

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengatakan syarikat itu perlu dikenakan ‘cukai durian runtuh’ kerana keuntungan luar biasa mereka.