Wednesday, November 25, 2020

‘Sulh’ mampu merungkai selirat politik negara, kata pakar

Katanya kaedah perundingan atau sulh merupakan langkah awal yang boleh diambil dan disifatkan sebagai mekanisme demokrasi berparlimen terbaik.

Other News

Kanak-kanak 12 tahun ke bawah dijangka tidak terima vaksin Covid-19

Tiada vaksin Covid-19 sedang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal yang menjalankan ujian keberkesanan dan kesannya terhadap kanak-kanak.

Pinjaman PTPTN dinaikkan hingga RM8,000 satu semester buat pelajar B40

Ia melibatkan pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat diploma di institusi pengajian tinggi swasta.

Cops have reopened probe into death of Teoh Beng Hock, says home ministry

Home ministry says the police were directed to continue with the probe after submitting their earlier investigation papers to the AGC.

Higher loans for B40 diploma students at private institutions, says minister

Higher Education Minister Noraini Ahmad says this will be subject to the takaful reserves for the institutions concerned beginning next year.

Jasa dijenamakan semula sebagai J-KOM, kata menteri

Ketua pengarah serta timbalannya tidak akan dilantik dalam kalangan orang politik.

Pakar Perlembagaan Persekutuan Prof Shamrahayu Abd Aziz melalui hantaran Facebooknya semalam, memberikan beberapa kaedah penyelesaian terhadap polemik politik yang sedang melanda negara ketika ini.

Dalam hantarannya itu, Shamrahayu menjelaskan langkah awal yang boleh diambil dalam usaha merungkai selirat politik ialah, dengan kaedah perundingan atau ‘sulh’ yang disifatkan sebagai mekanisme demokrasi berparlimen terbaik.

“Perundingan juga menunjukkan nilai dan halusnya budi serta tingginya pekerti para pemain politik. Sesungguhnya keadaan lebih tenteram melalui persetujuan dalam rundingan. Sesungguhnya rundingan boleh menghasilkan kesefahaman, supaya yang dikendung tidak berciciran dan apa yang dikejar juga dapat diselamatkan,” katanya.

Menurutnya, mengekalkan status quo, iaitu berpegang pada persefahaman awal pembentukan kerajaan adalah yang terbaik, asalkan ia adalah keputusan menerusi rundingan

Selain daripada tuntutan agama, sulh katanya amat bertepatan, malah merupakan tuntutan untuk semua pemain politik mengambil pendekatan ini, kerana permainan politik dan prinsip agama tidak boleh dipisah-pisahkan.

Namun katanya, jika pendekatan melalui perundingan tidak boleh dicapai, proses melalui Dewan Parlimen boleh diambil melalui ‘Undi Tidak Percaya’, dan sekiranya ia diluluskan, maka perdana menteri tiada pilihan kecuali menyembah maklum kepada Yang di Pertuan Agong berkenaannya, dan pada ketika ini peranan Raja Berperlembagaan boleh bermula.

“Perdana menteri hendaklah meletak jawatan atau meminta Yang di Pertuan Agong membubarkan Dewan menurut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya perdana menteri enggan meletakkan jawatan dan meminta Yang di Pertuan Agong membubarkan Parlimen, tetapi Yang di Pertuan Agong enggan membubarkan Dewan, maka perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pembubaran Parlimen demi melaksanakan pilihan raya umum (PRU) mungkin bukan pilihan terbaik bagi negara pada ketika ini, dalam situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini katanya menjadi bukti, namun sekiranya pembubaran Dewan adalah pilihan terbaik bagi negara, maka seluruh jentera perlu bersiap siaga untuk PRU.

Menjelas lanjut Shamrahayu berkata, bagaimanapun secara amalannya agak sukar untuk ‘Undi Tidak Percaya’ dibahaskan, kerana Peraturan 15 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat memperuntukkan supaya urusan kerajaan didahulukan, kecuali seorang menteri membuat usul di bawah sub-Peraturan 14(2) bagi membolehkan urusan ahli persendirian diangkat, ke agenda mesyuarat yang lebih awal.

Sekiranya ia dibahaskan dan gagal mendapat sokongan majoriti, ia membuktikan perdana menteri mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat dan boleh kekal sebagai perdana menteri.

“Satu lagi proses demokrasi berparlimen yang boleh berlaku dalam Dewan ialah, dengan tidak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Sekiranya ini berlaku, ia menunjukkan perdana menteri hilang kepercayaan dan tindakan yang perlu dilakukan oleh perdana menteri ialah menyembah maklum kepada Yang di Pertuan Agong. Perdana menteri mempunyai pilihan seperti yang nyatakan dalam 43(4) di atas.

Bagaimanapun katanya, pembubaran Parlimen demi melaksanakan pilihan raya umum (PRU) mungkin bukan pilihan terbaik bagi negara pada ketika ini, dalam situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia.

“Walaupun begitu, proses ini mungkin tidak menjadi popular, kerana tindakan tidak menyokong RUU yang kelihatan prihatin atau baik kepada rakyat akan memberi kesan tidak baik kepada kepentingan (mileage) politik mereka.

Namun, sekiranya RUU berjaya diluluskan, ini bermakna perdana menteri mempunyai kepercayaan majoriti,” jelasnya.

Shamrahayu kemudian menjelaskan, selain daripada proses demokrasi dalam Dewan, keadaan hilang kepercayaan kepada perdana menteri juga boleh berlaku di luar Dewan, apabila wujudnya keadaan luar biasa atau ‘extraneous circumstances’.

Dalam pengalaman Malaysia katanya, keadaan ini berlaku apabila ahli Parlimen menukar kepercayaan sama ada dengan bertukar parti, atau bertukar kepercayaan tanpa menukar parti.

“Tukar parti dapat dilihat dalam peristiwa di negeri Terengganu (1961), Sabah (1994/1995) dan Perak (2009) dan pada peringkat Persekutuan, peristiwa Februari 2020 menunjukkan perpecahan parti perdana menteri dan parti gabungan.

“Bagi Raja Berperlembagaan keadaan luar biasa ini adalah amat genting, kerana ia berkehendakkan keseimbangan antara amalan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan, yang mana garis pemisah antara keduanya amat nipis.

“Sekiranya tergelincir, ia mengakibatkan campur tangan Raja Berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen dan keadaan ini tidak boleh berlaku, kerana ia akan menjejaskan institusi beraja itu sendiri,” katanya.

Bagi kaedah melantik perdana menteri interim, Shamrahayu berkata ketika jawatan perdana menteri masih berisi, perdana menteri interim tidak boleh dilantik, kerana erdana menteri interim ini bermaksud perdana menteri yang dilantik bagi jangka masa tertentu sahaja sehingga perdana menteri baharu dilantik.

“Perdana menteri interim hanya boleh dilantik apabila jawatan perdana menteri telah kosong. Walaupun Yang di Pertuan Agong perlu melantik seorang perdana menteri untuk maksud seketika atau sementara (interim) sahaja, lantikan itu dibuat menurut Perkara 43(2)(a).

Namun, komplikasi perundangan mungkin berlaku dalam lantikan perdana menteri sementara ini kerana syarat dalam Perkara 43(2)(a) ialah seseorang itu juga perlu, pada hemat baginda, mungkin mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan,” katanya.

Selain dari pendekatan di atas, Shamrahayu berkata terdapat dua kaedah ‘simpanan’ yang boleh diambil di bawah prerogatif Raja Berperlembagaan iaitu memprorog Parlimen dan membuat proklamasi (pengisytiharan) darurat.

Kedua-dua kuasa ini katanya boleh dilakukan hanya apabila keadaan genting dan jalan penyelesaian lain secara demokratik menemui jalan buntu.

“Memprorog parlimen bermaksud memberhentikan parlimen. Ia adalah ciri biasa bagi Perlembagaan model ‘Westminster’. Ia adalah kuasa Yang di Pertuan Agong sebagaimana termaktub dalam Perkara 55(2).

“Walaupun memprorog Parlimen dibenarkan oleh undang-undang, namun prinsip asal demokrasi, iaitu kerajaan bertanggungjawab dan keluhuran Perlembagaan, tetap menjadi kayu pengukur dan kerajaan hendaklah mengambil kira prinsip bertanggungjawab kepada Parlimen walaupun tiada sidang parlimen,” katanya.

Manakala bagi pengisytiharan darurat, ia adalah pengisytiharan oleh Yang di Pertuan Agong di bawah Perkara 150 yang dibuat setelah baginda berpuas hati berlakunya darurat besar, yang menggugat keselamatan dan kehidupan ekonomi negara, atau ketenteraman awam.

“Pengisytiharan darurat pernah dibuat dua kali dalam hal berkaitan kemelut demokrasi berparlimen pada peringkat negeri, iaitu di Sarawak dan Kelantan,” katanya.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Tiada peruntukan ‘undi tidak percaya’ dalam Perlembagaan Persekutuan

Yang di Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif hendaklah memutuskan melalui cara sendiri untuk membuat penentuan.

Inisiatif Covax, projek 5G perbincangan Dewan Rakyat hari ini

Perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan Belanjawan 2021, akan diteruskan untuk hari yang kelapan.

Pejuang senaraikan 12 syarat untuk sokong Belanjawan 2021

Antara syarat Pejuang sama dengan yang dikemukakan BN seperti lanjutan moratorium dan pengeluaran KWSP.

KDN fokus 5 strategi utama banteras pendatang asing tanpa izin

Pelan strategik penguatkuasaan Pati lebih komprehensif libatkan kerjasama agensi kerajaan, PBT, JPKKP.

Laporan akhir Jawatankuasa Khas Kabinet MA63 tidak akan didedahkan kepada umum

Mengambil kira pelbagai aspek perundangan dan terdapat kandungannya berhubung perkara-perkara yang sensitif.