- Iklan -
Berita

Lebih 1 juta kes Covid-19 direkodkan di Perancis

Perancis menjadi negara Eropah kedua yang mencatatkan kes melebihi sejuta selepas Sepanyol mencapainya pada Rabu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pihak berkuasa Perancis menjalankan rondaan malam di bandar-bandar utama negara itu. Gambar: AFP
Pihak berkuasa Perancis menjalankan rondaan malam di bandar-bandar utama negara itu. Gambar: AFP

Jumlah jangkitan Covid-19 di Perancis mencecah 1,000,369 pada Khamis manakala jumlah kematian seramai 4,375 orang, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut angka terbaharu Universiti Johns Hopkins itu Perancis menjadi negara Eropah kedua yang mencatatkan kes melebihi sejuta selepas Sepanyol mencapainya pada Rabu.

Lebih banyak bandar di Perancis akan beralih ke tahap waspada maksimum dengan perintah berkurung mungkin dilaksanakan, kata jurucakap kerajaan Gabriel Attal pada Rabu.

Eropah mengalami gelombang pandemik kedua dengan banyak negara di rantau ini menunjukkan lonjakan jangkitan harian. Antaranya, Britain mencatatkan 26,688 kes pada Rabu manakala kes di Poland melebihi 10,000 buat julung kalinya.

Menteri Kehakiman Hungary Judit Varga dan Menteri Kesihatan Jerman Jens Spahn masing-masing turut dilaporkan positif virus itu.