- Iklan -
Berita

732 kes baru Covid-19, 580 pesakit sembuh

Sebanyak 7,827 kes aktif sedang menerima rawatan di hospital.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita dilihat mematuhi SOP ketika membeli buah-buahan di sebuah gerai di USJ 10, Subang Jaya.
Seorang wanita dilihat mematuhi SOP ketika membeli buah-buahan di sebuah gerai di USJ 10, Subang Jaya.

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 732 kes baru covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 22,957.

Daripada jumlah tersebut 724 adalah kes penularan tempatan dan 8 kes jangkitan import.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 7,827 kes aktif sedang menerima rawatan di hospital, 102 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 31 memerlukan bantuan alat pernafasan

“Jumlah pesakit sembuh hari ini sebanyak 580 orang dan kesemua mereka telah dibenarkan pulang,” katanya dalam sidang media hariannya hari ini.

Jumah keseluruhan kes sembuh sebanyak 14,931 atau 65.04%.

Noor Hisham berkata terdapat enam kematian baru dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 199 kes.

“Lima kes kematian baru hari ini melibatkan warganegara, manakala 1 bukan warganegara,” tambahnya.

Katanya Sabah kekal sebagai negeri dengan jumlah kes baru Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 535 orang.

“Selangor hari ini mencatatkan 116 kes baru diikuti Kuala Lumpur (26); Pulau Pinang (12); Negeri Sembilan (9); Wilayah Persekutuan Labuan (9); Kedah (7); Perak (7); Putrajaya (6); Melaka (3) serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Pahang.