Thursday, October 22, 2020

Hutan Malaysia diserang, kata kumpulan pecinta alam

Peka mendakwa litupan hutan semula jadi hanya 18% berbanding sasaran sebenar 50%.

Other News

6 kluster baru Covid-19 dikesan hari ini

Kluster yang dikesan dilaporkan berlaku di Selangor, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Akta berkaitan perlindungan ketika Covid-19 berkuat kuasa esok

Warta Kerajaan akan berkuat kuasa 2 tahun dari tarikh penyiaran iaitu pada 23 Oktober.

HK regulator fines Goldman Sachs US$350 million over 1MDB

Goldman has accepted the findings, leading to an early resolution of the disciplinary action.

Tiada perhimpunan Agung Umno tahun ini

Perhimpunan Agung Tahunan boleh diadakan bila-bila masa tidak lewat 18 bulan dari tarikh perhimpunan lalu.

Kes Covid-19 kembali melepasi angka 800 hari ini

847 kes baru, 5 kematian dan 486 pesakit sembuh.

Sebuah organisasi kumpulan pecinta alam sekitar mencabar pihak berkuasa untuk mendedahkan jumlah sebenar keluasan litupan hutan, mendakwa ia sepatutnya berada dalam kategori yang ditetapkan iaitu sebanyak 50%.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Shariffa Sabrina Syed Akil kadar 50% itu ditetapkan oleh garis panduan antarabangsa.

“Tetapi, litupan hutan kita kurang daripada 18% dan semakin berkurang dengan cepat,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Ia kelihatan seperti kerajaan Malaysia turut memasukkan keluasan kawasan ladang sebagai hutan untuk mencapai sasaran 50%, dan ia tidak boleh diterima.”

Sementara itu, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Maketab Mohamed berkata, kerajaan memberikan maklumat yang salah kepada rakyat mengenai keluasan litupan hutan negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Mengikut definisi, katanya, hutan yang ditanam dan bukannya tumbuh secara semula jadi, termasuk ladang-ladang pertanian seperti kelapa sawit, getah, durian dan koko tidak dianggap sebagai litupan hutan.

Kedua-dua mereka menyalahkan kemerosotan litupan hutan akibat penebangan hutan yang disengajakan kerana aktiviti pembalakan.

“Pembakalan yang didakwa hasil kerajaan negeri semakin banyak berlaku di kawasan-kawasan penting seperti kawasan tadahan hujan, tempat pelindungan haiwan dan empangan-empangan,” kata Shariffa, menggelarkannya sebagai “serangan terancang” terhadap hutan dan hidupan liar.

Andrew Sebastian, ketua Persatuan Ekopelancongan dan Konservasi Malaysia, bersetuju aktiviti pembalakan dan perladangan semakin meningkat sejak 20 tahun kebelakangan ini, lebih-lebih lagi ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang menyebabkan aktiviti sosial dan ekonomi terhenti.

“Tidak ada sebarang usaha dilakukan untuk mengurangkannya,” tambahnya.

“Malahan negeri seperti Selangor mengubah kembali dasar menghentikan pembalakan di negeri itu.”

Kedua-dua mereka menyalahkan kemerosotan litupan hutan akibat penebangan hutan yang disengajakan kerana aktiviti pembalakan.

Masalah dan penyelesaian

Bagi Maketab, masalah utama adalah berkaitan penebangan hutan membabitkan tanah dan air kerana urusan berkaitan tanah dan air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau memberikan contoh Indonesia, di mana hutan di bawah kawal selia pemerintah persekutuan.

“Apabila Presiden Jokowi mengarahkan aktiviti pembukaan hutan dikenakan moratorium, semua wilayah terpaksa mematuhinya, katanya.

Di Malaysia, desentralisasi kepada pihak berkuasa berkaitan isu itu dilihat mampu membantu usaha pemuliharaan hutan di setiap negeri.

“Pahang didakwa paling teruk – sumber semula jadi seperti kayu dan mineral dieksploitasi dengan dahsyat sekali,” tambah Maketab.

Memburukkan lagi, apabila timbul kekeliruan mengenai status sama ada tanah tersebut berada di bawah bidang kuasa persekutuan, undang-undang negeri atau pihak berkuasa tempatan.

Dalam pada itu, hutan-hutan simpan dibatalkan pewartaan, seringkali tanpa semak dan imbang.

“Kerajaan persekutuan dilihat gagal memberikan insentif atau dorongan agenda mampan,” kata Sebastian.

“Politik, salah urus dan rasuah dilihat berlaku setiap hari.”

Bagi membolehkan sebarang perubahan dilakukan, satu usaha komprehensif perlu dilakukan dari atas hingga bawah.

Shariffa menggesa supaya undang-undang berkaitan pemuliharaan perlu dipinda dan diperbaharui terutama membabitkan pembatalan pewartaan hutan, perlombongan dan pertanian tunggal termasuk juga pembangunan dan pembinaan di kawasan empangan baru.

Beliau turut menyarankan Jabatan Hutan dan Perhilitan diberikan kuasa veto untuk menolak dan membatalkan sebarang rancangan meneroka kawasan hutan yang masih tinggal, sama ada kawasan hutan negeri atau hutan simpan.

Menurut Sebastian, masih ada harapan untuk hutan kerana kesedaran masyarakat terhadap keperluan melindungi alam semula jadi semakin memberangsangkan.

Dengan kemahuan politik, kepatuhan terhadap undang-undang, dan rancangan ekopelancongan jangka panjang dilaksanakan, beliau percaya keseimbangan antara projek pembangunan dan pemuliharaan hutan mampu dicapai.

Sudah tentu, ia mungkin lebih sukar daripada apa yang dikatakan.

“Kita harus hentikan penukaran status hutan dan menghad penebangan hutan di kawasan tadahan air, bukit-bukit, kawasan konservasi bernilai tinggi dan zon penampan sekitarnya serta melindungi semua hutan simpan sedia ada,” katanya.

Satu tugas yang mustahil, dan masa akan menentukan sejauh mana Malaysia mampu melakukannya.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

SPRM siasat isu pencemaran air Selangor

SPRM dalam kenyataan berkata ia adalah bagi meneliti unsur-unsur rasuah melibatkan mana-mana pihak termasuk agensi penguatkuasa.