Monday, January 11, 2021

Setiausaha politik Mat Sabu didakwa kerana rasuah esok

Pertuduhan akan dibuat di mahkamah Kuala Lumpur esok dan mahkamah di Shah Alam minggu depan.

Other News

Indonesia says located black box recorders from crashed plane

A frantic search involving helicopters and a flotilla of warships appears to offer no hope of finding any survivors.

9 lagi kematian dilaporkan, 2,433 kes baru Covid-19

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 27,332.

9 more deaths take toll to 551

2,433 new cases, five more clusters.

Jumlah mangsa banjir di 4 negeri menurun, Johor meningkat

Beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak ditutup.

Lokasi kotak hitam pesawat Sriwijaya Air dikenal pasti

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak lima bungkusan cebisan-cebisan mayat telah dihantar ke Rumah Sakit Polri (Polis Indonesia) di Kramat Jati.

Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu akan didakwa dengan beberapa siri pertuduhan rasuah mulai esok, kira-kira tiga bulan selepas penangkapannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Julai lalu.

Difahamkan, Mohd Azhar Che Mat Dali disiasat atas tuduhan rasuah berkaitan dengan projek rundingan terus Kementerian Pertahanan bernilai RM56 juta akan dituduh di mahkamah di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Seorang sumber SPRM mengatakan Azhar akan didakwa di bawah Seksyen 16 Akta SPRM.

Semasa ditahan, pegawai SPRM dilaporkan merampas wang tunai dari Azhar, 49, bernilai lebih RM70,000 dalam pelbagai mata wang, bersama dengan dokumen yang berkaitan dengan projek itu.

Ketika dihubungi, Azhar mengatakan masih belum diberitahu mengenai pertuduhan tersebut dan enggan mengulas lanjut.

“Tidak tahu nak komen sebab tidak tahu tuduhan berkaitan apa,” katanya kepada MalaysiaNow.

Terdahulu, siasatan awal SPRM mendapati Azhar dipercayai menerima rasuah bernilai jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek itu pada sekitar Ogos 2019.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Seludup daging beku, 2 pegawai Maqis direman 5 hari

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari.

Seludup daging beku, 2 pegawai Maqis ditahan SPRM

Kedua suspek masing-masing berusia 27 dan 31 tahun ditahan di pejabat SPRM Johor, kira-kira 11 malam tadi.

Prasarana masih berhutang lebih RM700 juta, kontraktor LRT3 beritahu Tajuddin

MRCB-George Kent (MRCBGK) mempertikaikan dakwaan Prasarana mereka sudah dibayar hingga Oktober 2020.

Pengerusi Prasarana dakwa CEO guna media untuk menyerangnya

Tajuddin bagaimanapun tidak mahu mendedahkan siasatan dalaman terhadap Nizam.

SPRM serbu Prasarana

Ia bagi menyiasat dakwaan salah laku dalam syarikat berkait kerajaan itu.