- Iklan -
Berita

PAS ‘king maker’, tak akan ikut Umno, kata penganalisis

PAS tidak akan mengikut jejak Umno kerana sudah selesa bekerjasama dengan Muhyiddin.

Nur Hasliza Mohd Salleh
1 minit bacaan
Kongsi
Pemimpin Umno dan PAS ketika mengumumkan kerjasama dalam Muafakat Nasional pada September tahun lepas.
Pemimpin Umno dan PAS ketika mengumumkan kerjasama dalam Muafakat Nasional pada September tahun lepas.

PAS tidak akan meninggalkan Perikatan Nasional (PN), walaupun pemimpin tertinggi Umno mempertimbangkan pilihan itu, kata penganalisis.

Kenyataan ini dikeluarkan ketika terdapatnya cakap-cakap tentang ketidakpuasan hati dalam kalangan pemimpin Umno terhadap kerajaan pimpinan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, termasuk seperti menunjukkan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan PN.

Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata PAS tidak akan mengikut jejak Umno kerana sudah selesa bekerjasama dengan Muhyiddin.

“Umno dan PN saling memerlukan PAS,” kata pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), UKM kepada MalaysiaNow.

PAS dan Umno menandatangi piagam Muafakat Nasional tahun lepas, mengakhiri permusuhan selama berdekat.

Shamsul berkata PAS yang mempunyai 18 ahli Parlimen tahu mereka adalah “king maker” yang diperlukan Umno dan Bersatu demi survival dalam pilihan raya.

Semalam Setiausaha Agung Umno mengumumkan parti Melayu itu mempertimbangkan untuk meninggalkan PN, mendesak Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan bersama PAS dan turut dianggotai Bersatu, didaftarkan sebagai sebuah gabungan politik sah.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pendirian parti Islam itu tetap sama seperti sebelum ini.

“Umno dan PN saling memerlukan PAS,” kata pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), UKM kepada MalaysiaNow.

“Iaitu perkukuhkan Muafakat Nasional dan pertahankan PN,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Shamsul berkata, Umno kini tergolong dalam tiga gabungan bersama Barisan Nasional (BN), PN dan MN.

Kedudukan ini menyebabkan Umno berada dalam poligami politik yang parah yang disebutnya sebagai “sindrom madu tiga.”

“Inilah perilaku dan tabiat Umno sekarang. Umno bingung,” kata Shamsul.