- Iklan -
Berita

Satu lagi pusat beli-belah di Petaling Jaya catat kes positif Covid-19

Seorang kakitangan disahkan positif wabak berkenaan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Semua kontak rapat telah dikenal pasti.
Semua kontak rapat telah dikenal pasti.

Sebuah lagi pusat beli-belah ternama di Petaling Jaya mengumumkan kes jangkitan Covid-19 beberapa jam selepas pusat beli-belah 1 Utama mengumumkan perkara yang sama.

Paradigm Mall dalam satu kenyataan memaklumkan seorang kakitangan di premis Brands Outlet disahkan positif wabak berkenaan.

Pekerja tersebut dikatakan sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital kerajaan.

Susulan itu, premis berkenaan sedang menjalani proses sanitasi dan kakitangan dikehendaki menjalani ujian saringan serta pengasingan diri.

“Keselamatan dan kesihatan kakitangan serta pembeli tetap menjadi keutamaan kami. Oleh itu, semua maklumat mengenai Covid-19 akan dikongsi dengan cepat dan tepat. Kami mohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” tulis kenyataan itu.

Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan sebanyak 432 kes baru jangkitan Covid-19 menjadikan kes terkumpul sebanyak 12,813 kes.