Friday, October 23, 2020

Dr Mahathir jelaskan mengapa tak bersetuju dengan ‘Islamisasi’ di sekolah kebangsaan

Fardhu kifayah perlu ditekankan supaya orang Islam juga maju di dunia.

Other News

Anwar buat keputusan sendiri dalam rancangan terbarunya, kata Guan Eng

Di atas sebab itu kenapa pemimpin PH tidak bersama-sama ketika Anwar membuat pengumuman pada 23 September lepas.

Mat Sabu’s aide charged with bribery again

Mohd Azhar Che Mat Dali pleads not guilty to two more charges.

Bekas setiausaha politik Mat Sabu didakwa rasuah lagi

Pada 15 Oktober lepas, Azhar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas lima pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.35 juta.

No noise, please, let govt walk the lives-livelihoods tightrope

Critics of the government's work from home order should understand that its hands are full battling the Covid-19 pandemic.

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat khas Kabinet

Mesyuarat dijangka bermula pada pukul 9.30 pagi.

Perdebatan berterusan mengenai apa yang digambarkan sebagai Islamisasi dalam sistem pendidikan negara menarik minat Dr Mahathir Mohamad.

Apatah lagi bekas perdana menteri itu pernah menjadi menteri pendidikan pada tahun 1970 an di mana beliau dikenali kerana memperkenalkan akta yang tidak membenarkan mahasiswa aktif berpolitik.

Tetapi percubaan keduanya untuk mengetuai kementerian itu tidak bertahan lama apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari tahun ini, sebulan selepas beliau mengambil alih portfolio itu daripada Maszlee Malik.

Kali ini Mahathir mengharapkan dapat membangkitkan satu isu yang dekat di hatinya iaitu kegiatan ritual agama yang berlebihan sehingga menjejaskan fokus kerajaan kepada sains dan teknologi.

“Kita perlu faham fardhu ain seumpamanya, tetapi saya dapati kurang tekanan kepada fardhu kifayah yang diwajibkan ke atas kita supaya kita juga maju di dunia.

“Terutamanya saya dapati kita selalu cakap Islam sebagai bukan sahaja agama tetapi satu cara hidup,” kata Mahathir dalam wawancara eksklusif bersama MalaysiaNow di Putrajaya baru-baru ini.

Pendidikan adalah isu yang dekat dengan hati Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir yang dua kali menjadi perdana menteri, kali pertama selama 22 tahun, diiktiraf sebagai individu yang mentransformasikan ekonomi Malaysia dan dikritik kerana dikatakan keras terhadap penentangnya, merasakan sukar untuk berdepan dengan golongan yang membawa “Islamisasi” ini.

“Bila cakap tentang agama, (jadi) kaku. Tak tahu nak buat apa. Sebab ini libatkan agama. Agama saja, cakap tak boleh,” katanya.

Katanya, guru besar di sekolah yang ahli keluarganya belajar tidak berani menegur guru agama yang menyuruh murid melakukan ritual agama sehingga menyebabkan tiada masa menghabiskan kerja sekolah dan ulangkaji pelajaran.

“Tapi, guru besar tak kata apa. Guru besar tak berani kata apa sebab ini agama. Bila kata agama sahaja, tak ada siapa yang boleh kata.”

Sebagai seorang yang selalu berdepan dengan “ulama Islam” yang beliau katakan sebagai memonopoli naratif Islam, bekas perdana menteri itu bercakap tentang Islamisasi di sekolah dengan penuh minat semasa wawancara bersama MalaysiaNow.

Pada hujung 2018, Mahathir berkata kurikulum sekolah kebangsaan akan diubahsuai bagi memberi lebih masa kepada mata pelajaran yang “berguna” dan tidak bertumpu kepada pembelajaran agama semata-mata.

“Akibatnya, lepasan sekolah kurang mengetahui mata pelajaran yang berguna untuk pekerjaan, tetapi boleh jadi ‘ulama’,” katanya pada ketika itu.

Beliau masih lagi berpegang kepada pandangannya itu.

Beliau memberitahu MalaysiaNow anak-anak murid di sekolah tidak perlu didedahkan dengan ilmu agama yang sangat mendalam sehingga ke satu tahap seperti mahu menjadikan mereka ulama.

Katanya, bagi orang biasa, sudah memadai diterapkan asas agama kepada para pelajar agar mereka berupaya membezakan nilai yang baik dan buruk.

“Ini semua kita kena semai ke hati anak-anak kita supaya apabila dia membesar, dia bergerak mengikut apa yang ditentukan agama,” katanya.

Pada zaman pemerintahan kali pertama Mahathir, dasar “penerapan nilai-nilai Islam” diperkenalkan.

Menurut Mahathir, beliau percaya orang Islam perlu ditekankan dengan nilai-nilai agama sebagai cara hidup.

“Umpamanya, kalau kita kata baca dalam Quran adalah apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.

“Adil itu penting. Lebih kurang 40 ayat disebut tentang keadilan tetapi kita tidak tekankan itu. Keadilan bukan sahaja kepada orang Islam, tetapi kepada bukan Islam pun kita mesti adil.

“Tetapi yang ditekankan ialah hukuman yang berat, nak potong kepala, potong tangan.”

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kerja sebenar menteri adalah di meja pejabat

Ini kerana pegawai kerajaan menunggu keputusan dibuat ahli politik sebelum sesuatu pelaksanaan dijalankan.

Pendedahan: Ahli Parlimen ‘tunggal’ tandatangani SD sokong rampasan kuasa Anwar

Tindakan bekas menteri itu akan mengeruhkan lagi hubungannya yang sedia keruh dengan ketua partinya.

Peguam tegur Ku Li lepas dedah surat pertahan usul tidak percaya Dr Mahathir

PH boleh meminda peraturan mesyuarat di Parlimen tetapi tidak berbuat apa-apa ketika berkuasa.

PRN Sabah

Mungkin lebih ramai lagi yang akan menjadi mangsa Covid-19 sekiranya PRU diadakan.

Umno di persimpangan bahaya sekali lagi

13 Oktober bakal menentukan nasib Umno pada PRU15.