Saturday, March 6, 2021

SPR bersedia kendali penamaan calon di Sabah esok

Other News

Kerajaan kaji langkah lindungi sektor komoditi hadapi cuaca panas

Pekebun kecil getah dan kelapa sawit sering terjejas ketika menghadapi musim panas.

205 warga asing ditahan imigresen di pangsapuri Pudu

Kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke JIM di Kompleks Kementerian Dalam Negeri.

BN’s ‘chief media officer’ suspended, but does the post exist?

Barisan Nasional is said to be in damage control mode after the release of a statement nearly identical to another issued by Pakatan Harapan leader Anwar Ibrahim.

Ketua pegawai media BN digantung, tetapi apakah jawatan itu wujud?

Jawatan itu diwujudkan bagi melindungi presiden Umno yang menerima kritikan parti komponen BN.

Long-distance relationships in the age of the pandemic

A year since Covid-19 emerged as a global pandemic, binational couples kept apart by travel restrictions and border closures continue to hope for a reunion.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia dengan segala persiapan untuk mengendalikan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Pengarah SPR Sabah Rohiman Rahia berkata pihaknya membuat persiapan rapi di semua 73 pusat penamaan calon, yang antara lain terdiri daripada dewan masyarakat dan sekolah, bagi memastikan proses berkenaan berjalan lancar.

“Proses penamaan calon akan berlangsung selama satu jam bermula 9 pagi hingga 10 pagi. Tiada tempoh bantahan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Rohiman juga berkata tiada perkumpulan beramai-ramai penyokong atau perarakan penyokong parti mengiringi calon ke pusat penamaan calon dibenarkan dan menurutnya, hanya tiga orang sahaja iaitu calon bertanding, seorang penyokong dan pencadang dibenarkan berada di pusat berkenaan.

Beliau turut mengingatkan semua pihak untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi membendung penularan Covid-19 semasa proses penamaan calon berlangsung.

“(Calon, pencadang dan penyokong) disaran untuk datang awal, patuhi peraturan SOP dan pastikan semua dokumen diperlukan lengkap,” kata Rohiman.

PRN Sabah bakal menyaksikan pertandingan bagi merebut 73 kerusi DUN, dengan sebanyak 13 kerusi baru iaitu N02 Bengkoka; N06 Bandau; N08 Pintasan; N13 Pantai Dalit; N17 Darau; N24 Tanjung Keramat; N27 Limbahau; N44 Tulid; N47 Telupid; N51 Sungai Manila; N58 Lamag; N61 Segama dan N70 Kukusan.

SPR menetapkan esok sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 22 Sept dan hari mengundi biasa pada 26 Sept.

Seramai 1.12 juta pengundi layak memilih pada pilihan raya berkenaan dan SPR menjangkakan lebih 70 peratus pengundi akan mengundi pada PRN Sabah kali ini.

PRN Sabah diadakan susulan pembubaran DUN yang diumumkan Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lalu, sehari selepas bekas ketua menteri, Musa Aman mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

New cases continue to hover above 2,000

2,154 new cases, 3,275 recoveries.

Website registration for Covid-19 vaccine now open

This is the first time online registration for the jabs is open outside the MySejahtera app.

2 cases of Nigerian Covid variant found in Malaysia

Health DG Dr Noor Hisham Abdullah says the Nigerian variant may cause an increase in transmissibility and a possible reduction in immune response.

Daily US Covid cases below 40,000 for first time in months

This number peaked at nearly 300,000 new cases on Jan 8 in the country hardest hit by the pandemic, with more than half a million fatalities.

How vaccines became ammunition in global diplomacy

While the US has been saving its vaccines for Americans, and Europeans struggle with delivery, Beijing and Moscow, as well as India, have been brushing up their prestige by sharing vaccine stocks with poor, vulnerable countries.