Friday, February 26, 2021

Muhyiddin gesa PN kerja keras umpama esok PRU

Other News

Projek lebuh raya kontroversi diteruskan walaupun bantahan meningkat?

Pengkritik mengatakan projek PJD Link hampir menyerupai pojek Kidex yang dibatalkan kerana bantahan kuat pada 2015.

Controversial highway project set to go ahead despite growing protests?

Critics say the PJD Link is almost identitcal to the Kidex project cancelled amid strong opposition in 2015.

March 15 hearing for Mat Sabu’s ex-aide

The prosecution is expected to call 37 witnesses.

Perbicaraan kes rasuah RM6.35 juta bekas SU politik Mat Sabu pada 15 Mac

Azhar berdepan dengan lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada sebuah syarikat kontraktor.

Upacara perkahwinan bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP

Keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.

Muhyiddin Yassin mahu pucuk pimpinan dan ahli semua parti politik yang mendukung Perikatan Nasional (PN) bekerja keras seolah-olah akan menghadapi pilihan raya umum dalam tempoh terdekat.

Perdana menteri yang juga presiden Bersatu itu turut menegaskan kesemua mereka perlu bersepakat dan berbincang secara baik tanpa ada sifat dan perasaan cemburu untuk membentuk persefahaman sesama mereka.

“Ini amat penting untuk tentukan masa depan kita lebih terjamin dan lebih penting ialah bila sampai pilihan raya, rakyat akan bangkit dan bangun untuk memberi mandat dan sokongan kepada PN untuk bentuk kerajaan pada masa akan datang.

“Jangan tanya saya bila pilihan raya akan diadakan, yang penting kita perlu kerja bersungguh-sungguh, seolah-olah esok pilihan raya akan diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun keempat Bersatu di Kuala Lumpur malam tadi yang dihadiri ahli parti itu dari seluruh negara, selain wakil parti dalam PN.

Muhyiddin turut memberikan nasihat secara khusus kepada ahli Bersatu supaya mereka merapatkan saf dan mengekalkan imej parti yang beramanah, berintegriti dan bermaruah.

“… dan untuk tentukan kita berjaya sekarang, tak ada pilihan bagi Bersatu, kita perlu kukuhkan semangat perpaduan sesama kita, jangan ada perasaan cemburu dan iri hati dan perasaan menyebabkan kerenggangan hubungan antara kita sesama, kita harus percaya satu sama lain, kita harus membantu satu sama lain.

“Wujudkan satu barisan kerja yang kuat dan kukuhkan sifat beramanah, berintegriti dan bermaruah adalah menjadi satu daripada panduan kita untuk menentukan imej Bersatu akan sentiasa didukung dan disokong segenap peringkat rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau turut menyentuh penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional (MN) yang katanya dilakukan tanpa berfikir panjang sebaik menerima jemputan daripada kerjasama dua parti Melayu-Islam tersebut.

Katanya yang penting sekarang ialah bergerak ke depan dan memastikan kerjasama itu membuahkan sesuatu yang bermanfaat bukan sahaja dari segi politik tetapi juga negara dan kerajaan.

Sementara itu, Muhyiddin berkata walaupun empat tahun adalah satu tempoh yang singkat, sejak penubuhannya Bersatu berjaya melakar sejarah sebagai sebuah parti politik dan juga sebahagian pimpinan kerajaan.

Beliau turut menyentuh kejayaan kerajaan dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang meletakkan Malaysia sebagai antara negara paling berjaya di dunia dalam menangani pandemik itu.

Selain itu, Muhyiddin turut menyifatkan majlis sambutan ulang tahun keempat Bersatu sebagai menandakan kelangsungan parti dalam arena politik negara.

“Inilah detik menunjukkan bahawa Bersatu bukan hanya boleh kekal pada hari ini … doa kita Bersatu akan terus kekal abadi dalam sejarah politik negara,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Khairy bakal bertanding di Putrajaya, era Ku Nan akan berakhir?

Ini selepas Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mahu bertanding di kerusi Khairy di Rembau, Negeri Sembilan.

Art Harun terkejut dengan sikap rakan-rakan selepas dilantik speaker

Bekas peguam itu menceritakan hal peribadinya termasuk bagaimana proses pelantikannya sebagai speaker Dewan Rakyat dijadikan isu peribadi.

Umno tak boleh ubah keputusan BN sesuka hati, kata MIC

Keputusan untuk bersama dengan PN membentuk kerajaan sebelum ini dilakukan sebagai 'en-bloc' BN dan bukannya atas mana-mana parti.

See the good from Sheraton Move, PH supporters told

Political scientist Wong Chin Huat says even an event like the Sheraton Move, which saw the collapse of the PH government, may have 'positive unintended consequences'.

Muhyiddin, Noor Hisham among first to receive Covid-19 jab

This marks the launch of the National Covid-19 Immunisation Programme, under which about 80% of the population has been targeted with the goal of achieving herd immunity.