Saturday, November 28, 2020

Bersatu masih belum pecat Osman Sapian, kata SU Agung

Other News

1,315 kes baru Covid-19, 1,110 pulih, 4 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 11,508 kes aktif direkodkan.

1,315 new cases, 476 in Sabah

Four more deaths take virus toll to 354.

Peruntukan “durian runtuh” Jasa dicantas separuh selepas nama, imej ditukar

Pengumuman pengurangan itu dijangka diumumkan ketika ucapan penggulungan peringkat jawatankuasa minggu depan.

With new name and image, Jasa’s ‘windfall’ budget to be halved

The RM85.5 million allocation, which came under criticism following its announcement on Nov 6, could be cut down by RM40 million, sources say.

Pengusaha tadika terjejas ‘terkapai-kapai’ tanpa bantuan

Pengusaha luah kekesalan kerana tidak diberikan bantuan kerajaan walaupun terjejas teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Bekas Menteri Besar Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas Osman Sapian masih kekal sebagai ahli Bersatu, kata Setiausaha Agung Hamzah Zainudin.

Beliau berkata buat masa ini, Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini, dan belum lagi dikenakan sebarang tindakan.

“Kalau dia mengaku cross the floor ( menyertai parti lain), makanya keahlian terhenti. Buat masa ini, dia bukan cross the floor. Jadi dia akan dipanggil untuk membantu siasatan. Biasanya siasatan akan ambil masa,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Media mendakwa sewaktu PRK DUN Slim, Osman turun berkempen membantu calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang mewakili kem bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas pengerusi Bersatu.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu Megat Najmuddin Megat Khas ketika dihubungi turut senada dengan Hamzah dan berkata pihaknya akan memanggil Osman untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tuduhan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Penjelasan Hamzah dan Megat Najmuddin itu susulan laporan media hari ini yang menyebut keahlian Osman terhenti secara automatik selepas didapati melanggar Perkara 10.2.3 perlembagaan parti iaitu membantu kempen parti lawan.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Belanjawan 2021 sudah tak boleh ditolak, PH gadai sokongan rakyat, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri itu berkata, PH yang dipimpin Anwar Ibrahim sanggup berkompromi, menolak prinsip dan menggadaikan sokongan rakyat untuk kepentingan sendiri.

KDN rangka pelan strategik holistik tingkatkan kawalan sempadan negara, kata menteri

Pembelian aset serta fasiliti moden seperti dron, armoured personal carrier, night vision goggles, GPS tracker untuk keselamatan sempadan.

PNBBC sokong penuh undi belanjawan esok

Desas-desus undian Belanjawan 2021 akan gagal esok menimbulkan kebimbangan banyak pihak.

Perhimpunan agung Bersatu Sabtu ini guna sidang video

Persidangan dalam talian akan disertai perwakilan dari seluruh negara di 14 lokasi.

Annuar Musa suara Bersatu atau MKT Umno?

PN menang 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan mendapat sokongan 7 orang Adun PBS dan 3 Adun Bebas berbanding hanya 14 kerusi yang dimenangi oleh BN.