- Iklan -
Berita

DUN Kelantan ‘mungkin’ tidak bubar jika PRU tergempar

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mungkin tidak akan dibubarkan jika berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) tergempar dalam masa terdekat, kata Menteri Besar Ahmad Yakob. Pesuruhjaya PAS Kelantan itu bagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam perbincangan kepimpinan parti. “Perkara ini dalam perbincangan pihak kepimpinan sama ada Dewan Undangan Negeri turut dibubarkan atau tidak. “Atas kaedah biasa […]

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
DUN Kelantan mungkin tidak akan bubar jika PRU tergempar kata MB. Gambar: Facebook.
DUN Kelantan mungkin tidak akan bubar jika PRU tergempar kata MB. Gambar: Facebook.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mungkin tidak akan dibubarkan jika berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) tergempar dalam masa terdekat, kata Menteri Besar Ahmad Yakob.

Pesuruhjaya PAS Kelantan itu bagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam perbincangan kepimpinan parti.

“Perkara ini dalam perbincangan pihak kepimpinan sama ada Dewan Undangan Negeri turut dibubarkan atau tidak.

“Atas kaedah biasa saya rasa tidak ada keperluan untuk negeri (DUN) dibubarkan.

“Apa yang perlu kita lihat kestabilan di peringkat Parlimen. Pandangan saya, kemungkinan besar hanya di peringkat Parlimen sahaja,” katanya kepada media di Machang, Kelantan semalam superti dilaporkan Malaysiakini.

Sebelum ini Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor turut menegaskan tiada keperluan untuk negeri-negeri yang stabil dari segi politik untuk membubarkan DUN.