- Iklan -
Berita

DoJ berjaya dapatkan RM249 juta daripada anak tiri Najib

Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berjaya mendapatkan semula AS$60 juta (RM249 juta) daripada anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak, Riza Aziz sselepas mencapai penyelesaian kes pelucutan sivilnya terhadap aset yang diperoleh menggunakan dana diseleweng daripada syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Dalam satu kenyataan bertarikh 2 September, DoJ berkata, dana terbabit diperolehi daripada pengubahan […]

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini. Gambar: Bernama.
Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini. Gambar: Bernama.

Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berjaya mendapatkan semula AS$60 juta (RM249 juta) daripada anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak, Riza Aziz sselepas mencapai penyelesaian kes pelucutan sivilnya terhadap aset yang diperoleh menggunakan dana diseleweng daripada syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam satu kenyataan bertarikh 2 September, DoJ berkata, dana terbabit diperolehi daripada pengubahan wang haram menerusi institusi kewangan di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura dan Luxembourg.

Menurut DoJ, selain menjadi rampasan sivil terbesar jabatan berkenaan, ia juga merupakan pemerolehan semula terbesar di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi jabatan berkenaan.

“Aset-aset ini dianggarkan bernilai lebih AS$60 juta dan dengan penyelesaian ini, bersama dengan pelupusan kes-kes pelucutan berkaitan sebelum ini, AS mendapatkan atau membantu mendapatkan semula hampir AS$1.1 bilion (RM4.6 bilion) aset yang dikaitkan dengan rasuah dan pengubahan wang haram 1MDB,” kata DoJ dalam kenyataan itu.

Aduan rampasan sivil menunjukkan antara tahun 2009 dan 2015, lebih daripada AS$4.5 bilion dana milik 1MDB didakwa disalahgunakan oleh pegawai tinggi dana pelaburan pembangunan ekonomi dan rakan sekutu mereka, termasuk Riza.

Di bawah syarat penyelesaian, pihak yang menuntut dalam rampasan AS bersetuju untuk kehilangan semua aset tertakluk kepada aduan pelucutan yang mana mereka mempunyai kepentingan.

Mereka juga diminta untuk bekerjasama dan membantu DoJ dalam pemindahan, pengurusan dan pelupusan aset yang berkaitan dengan teratur.

Hasil daripada penjualan hartanah mewah yang diperoleh di Beverly Hills serta kondominium mewah di New York, pelaburan Riza di sebuah syarikat penyelenggaraan Kentucky, sebuah rumah mewah di London; dan poster promosi untuk filem arahan “Metropolis” tahun 1927 – adalah aset yang tertakluk pada perjanjian penyelesaian.

“Aset yang dirampas tertakluk kepada penyelesaian ini adalah tambahan kepada aset lebih dari AS$1bilion yang dirampas sebelumnya oleh Amerika Syarikat susulan siasatan 1MDB oleh Jabatan Keadilan,” kata DoJ.