Friday, July 30, 2021

Lim Kit Siang biadab, persenda umat Islam seleweng pengertian ‘kerajaan Allah’

Takkan tiada satu pun pemimpin yang ada keimanan kepada Allah SWT serta pada agama Islam dalam DAP, yang berani menegur Kit Siang?

Other News

Armada Bersatu Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pernyataan ‘falasi’ yang telah dimainkan oleh veteran DAP, Lim Kit Siang yang secara jelas telah menyeleweng ‘tazkirah maya’ Presiden PAS Abdul Hadi Awang sekaligus secara terangan mempersenda umat Islam.

Dalam ‘tazkirah maya’ Hadi Awang, secara jelas beliau mengajak umat Islam agar bermuhasabah dan berikhtiar dengan akal dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT selain bersabar dalam sama membantu ‘kerajaan manusia’ yang serba kekurangan. Beliau sendiri tidak menafikan soal ikhtiar dan kekurangan ‘kerajaan manusia’.

Hadi juga secara terangan bicara tentang hakikat yang berbalik perihal keimanan kita atas keyakinan dan ketentuan bahawa hanya Allah SWT yang Maha Kuasa mampu menghilangkan penyakit serta mengabulkan segenap ikhtiar manusia. Ini berdasarkan pernyataan beliau sebagaimana dipetik;

“Hanya kerajaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Sempurna boleh menghapuskan wabak ini pada bila-bila masa. Adapun kerajaan manusia tetap menghadapi kekurangan dan kelemahan, serta wajib melakukan muhasabah bagi menampung kekurangan tersebut. Hanya mereka yang jahil agama sahaja mencari kelemahan dan kekurangan untuk diuar-uarkan, tanpa sama-sama tolong-menolong dalam menghadapi keadaan yang sangat mencabar seluruh dunia dan penduduknya.”

Namun begitu, Lim Kit Siang kemudiannya telah menyeleweng dan mempersenda serta meremehkan “keimanan” umat Islam saat beliau menulis;

“If ‘Allah’s government’ is the best form of government in Covid-19 pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be ‘Allah’s government’.”

Nyata selain mempolitikkan, memfitnah dan seleweng apa yang dikatakan Hadi yang bukannya merujuk bahawa ‘kerajaan ini’ (kerajaan Malaysia) adalah kerajaan Allah, melainkan Allah dan seluruh dzat-Nya yang bersemayam di Arasy’ yang maha kuasa atas tiap sesuatu.

Jelas pemahaman Kit Siang tersasar, tambah mengecewakan takkan tiada satu pun pemimpin yang ada keimanan kepada Allah SWT serta pada agama Islam dalam DAP, yang berani menegur Kit Siang saat Allah SWT yang maha kuasa dipersenda diperlekehkan? Apatah lagi memfitnah dan menyeleweng pernyataan atas satu nasihat baik yang dinyatakan biar berbeza fahaman politik?

Ini adalah bukti betapa biadabnya kepimpinan DAP seperti Kit Siang dan betapa halusnya permainan politik DAP untuk menanam kebencian dan membawa idealisme kebebasan pemikiran semata dari bersulam keimanan khususnya buat umat Islam dalam pada ummah terus maju dan berikhtiar bertepatan kemajuan sains dan teknologi.

Nota: Kiriman Facebook Lim Kit Siang sudah dipadam.

Mohd Ashraf Mustaqim bin Badrul Munir adalah ketua penerangan Armada Bersatu Nasional.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles