Saturday, March 6, 2021

Bersatu seru rakyat bersama Muhyiddin

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membuktikan betapa beliau sentiasa mencari jalan untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat. 

Other News

Zahid keluar RM17.9 juta wang yayasan Akalbudi, kata pegawai SPRM

Pegawai SPRM berkata bahawa daripada jumlah itu, RM8.6 juta digunakan untuk membayar deposit saham kepada Ri-Yaz Assets Sdn Bhd.

Former DAP reps now members, Bersatu confirms

Paul Yong is a member in Batu Gajah while A Sivasubramaniam is a member in Ipoh Barat.

Kes baru Covid-19 catat angka 2,154

6 kematian akibat Covid-19 dicatat hari ini.

New cases continue to hover above 2,000

2,154 new cases, 3,275 recoveries.

Dua bekas Adun DAP sertai Bersatu di Perak

Kedua-dua mereka merupakan ahli DAP sebelum keluar parti pada Mac tahun lalu.

Pengumuman Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membuktikan betapa beliau sentiasa mencari jalan untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat.

Iltizam perdana menteri untuk menjaga rakyat dan menjana kembali ekonomi membuktikan betapa beliau merupakan seorang perdana menteri yang sentiasa mendahulukan rakyat dan negara.

Matlamat untuk memberi penekanan kepada memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat, dan menyokong kelangsungan perniagaan merupakan pendekatan yang bertepatan dengan keperluan semasa.

Rakyat perlukan tunai di tangan untuk membolehkan mereka berbelanja, baik untuk kehidupan seharian mahupun untuk menjaga kesihatan.

Semua lapan inisiatif dalam agenda “memelihara kebajikan rakyat” pasti akan membantu mempertingkat jumlah tunai di tangan kita semua.

Sebanyak 10 lagi inisiatif dalam kerangka “menyokong kelangsungan perniagaan” pula akan memastikan pengusaha kecil dan sederhana yang menjadi tulang belakang ekonomi negara akan dapat terus menjalankan aktiviti mereka, lantas kekal menjadi majikan atau sumber pendapatan majoriti rakyat.

Semua ini akan mewujudkan kitaran ekonomi domestik yang lebih terjamin, dan menyumbang kepada penjanaan kembali ekonomi negara.

Bersatu menggesa agar kerajaan meneruskan fokus kepada rakyat dan negara dan tidak menghiraukan suara-suara sumbang.

Bersatu yakin rakyat dapat melihat dengan jelas keikhlasan Muhyiddin dalam menjaga negara ini, dan betapa besar beza antara beliau dengan mereka yang tidak habis-habis dengan kepentingan peribadi.

Bersatu juga mengajak semua pihak agar memberi sokongan penuh kepada perdana menteri dan kerajaan dalam usaha-usaha yang dijalankan.

Wan Saiful Wan Jan merupakan ketua penerangan Bersatu.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Previous articleTonil Fatimah
Next articleRumah merah di Soho

Related Articles

Former DAP reps now members, Bersatu confirms

Paul Yong is a member in Batu Gajah while A Sivasubramaniam is a member in Ipoh Barat.

Dua bekas Adun DAP sertai Bersatu di Perak

Kedua-dua mereka merupakan ahli DAP sebelum keluar parti pada Mac tahun lalu.

No ‘new alignment’ with PH, PAS says

The Islamist party says it is committed to strengthening ties among the main Malay parties in the country.

Lima’21 tetap tidak diadakan walaupun secara maya, kata menteri

Ismail Sabri berpendapat sekiranya vaksin Covid-19 sudah diterima pada tahun 2023 maka tiada masalah untuk mengadakan pameran itu secara fizikal.

PN masih utuh, kata Bersatu

Bersatu menyatakan penghargaan kepada semua parti komponen Perikatan Nasional yang masih setia dengan gabungan itu.