Friday, March 5, 2021

Pendaftaran parti politik seharusnya diuruskan SPR, bukan RoS

Adalah suatu yang bercanggah apabila pilihan raya diadakan tetapi parti politik dipersulitkan untuk ditubuhkan.

Other News

Ku Nan mulakan langkah sekat Khairy ke Putrajaya

Langkah pertama dilakukan ketua Umno Bahagian Putrajaya itu ialah menyekat timbalannya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Ku Nan makes his moves in Putrajaya in bid to block Khairy

But first, the Putrajaya Umno chairman must address an immediate hurdle: his deputy Tun Faisal Ismail Aziz.

Pengerusi BN terus gesa sidang Parlimen ketika darurat

BN menganggap kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan semalam mencabar kuasa Agong.

PN masih utuh, kata Bersatu

Bersatu menyatakan penghargaan kepada semua parti komponen Perikatan Nasional yang masih setia dengan gabungan itu.

Bersatu says PN still in charge, views Umno decision seriously

The party says its focus is on the economy and the pandemic, and that it takes a serious view of Umno's decision.

Parti Pejuang dan Muda ditolak pendaftarannya. Perkara ini berlaku di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Bersatu.

Ironinya ialah pemimpin-pemimpin Pejuang dan Muda adalah dahulunya dari Bersatu.

Maka tidaklah diketahui apakah langkah selanjutnya bagi Pejuang dan Muda untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang semakin hampir.

Sementara Bersatu pula pernah mengalami nasib yang sama di tangan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mula-mula lambangnya kena pinda. Kemudian dilarang daripada menggunakan kependekan Bersatu.

Akhirnya ia langsung tidak dibenarkan menyertai PRU14. Terpaksalah mereka menggunakan tiket PKR.

Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) hanya dapat didaftarkan selepas mereka menang pilihan raya dan menjadi kerajaan.

Antara perkara dalam semangat Malaysia Baru ketika kerajaan PH ditubuhkan pada tahun 2018 adalah untuk mengamalkan demokrasi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sama ada DAP yang sering menyebut mengenai demokrasi atau PKR dengan laungan Reformasi, PH bersepakat bahawa amalan menyekat atau menyukarkan penubuhan parti politik atau gabungan semasa pentadbiran BN wajar dihentikan.

Kebebasan bagi menubuhkan parti politik adalah perkara asas dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen pelbagai parti.

Pendaftaran parti politik

Adalah suatu yang bercanggah apabila pilihan raya diadakan tetapi parti politik dipersulitkan untuk ditubuhkan.

Antara usaha untuk itu ialah meletakkan pendaftaran parti politik di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukannya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ini kerana walaupun parti politik adalah pertubuhan tetapi ia berbeza dengan yang lain.

Parti politik mempunyai kedudukan yang mana mereka boleh menyertai pilihan raya dan selanjutnya menjadi kerajaan apabila dipilih rakyat.

Jadi meletakkan pendaftaran parti politiik di bawah SPR merupakan langkah adil dan banyak negara mengamalkannya.

Sementara di bawah RoS, ia tertakluk pada kuasa menteri dalam negeri dari kerajaan memerintah, yang mempunyai kepentingan politik dalam pilihan raya.

Bagi sebuah kerajaan yang mahu mengekalkan semua kuasa warisan daripada pentadbiran terdahulu tentulah tidak mahu mengubah sistem sedia ada.

Ini kerana pada masa-masa akan datang, atas kepentingan politik kepartian, mungkin kerajaan boleh menggunakan kuasa itu untuk menghalang parti baru yang akan mencabarnya.

Tetapi bagi kerajaan yang memikirkan kepentingan jangka panjang rakyat dan negara, maka ia akan berusaha supaya wujud kebebasan menubuhkan parti politik.

Lebih-lebih lagi kalau ia memegang prinsip bahawa demokrasi politik adalah sistem terbaik bagi manusia.

Itulah yang dilakukan oleh kerajaan PH.

Sebuah badan petugas di Jabatan Perdana Menteri yang dipengerusikan oleh bekas pengerusi SPR ditubuhkan untuk membuat perakuan bagi menjadikan sistem pilihan raya lebih adil dan berimbang.

Penulis juga pernah diajak untuk sesi sumbang saran. Antara perkara yang dicadangkan adalah soal pendaftaran parti politik itu.

Semua cadangan ini tinggal menjadi sejarah apabila kerajaan PH tumbang.

Tentunya kerajaan PN tidak berminat untuk membuat sebarang pembaharuan yang boleh menghakiskan kuasanya.

PN yang terdiri daripada Bersatu dan PAS tentu mudah untuk didaftarkan.

Sementara Muafakat Nasional (MN) yang terdiri daripada Umno dan PAS dilaporkan tidak dapat didaftarkan kerana nama itu sudah diambil.

Ditambah pula ada kalangan dari Umno yang tidak mahu MN didaftarkan.

Ironinya, semasa kerajaan PH, perubahan bagi hal-hal pilihan raya termasuk soal kemudahan pendaftaran parti politik digerakkan juga oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Parti politik yang terdaftar semasa pentadbiran kerajaan PH ialah Parti Perkasa Bumiputera Malaysia atau Putra yang diasaskan oleh Ibrahim Ali.

‘Pusingan pertama’ Mahathir perdana menteri

Tetapi semasa Mahathir menjadi perdana menteri keempat, beliau meneruskan amalan politik Hussein Onn dalam soal pendaftaran parti politik.

Ketika PAS berpecah yang melahirkan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia atau Berjasa, ia dapat didaftarkan dengan segera untuk menyertai pilihan raya negeri Kelantan.

Pakatan Berjasa dan Umno berjaya mengalahkan PAS di negeri itu. Berjasa kemudian menggantikan PAS sebagai komponen BN.

Pada masa Mahathir, PAS sekali lagi berpecah yang melahirkan Hizbul Muslimin atau Hamim.

Parti ini juga mudah didaftarkan dan diterima masuk sebagai komponen BN.

Tetapi sebelum itu ada satu parti oleh anak muda yang baru pulang dari pengajian luar negara yang cuba mendaftar d Parti Negara Islam Malaysia. Ia ditolak pendaftarannya.

Penulis pernah melihat draf perlembagaannya yang diilhamkan daripada Parti Republik Islam Iran.

Tentulah ia tidak menepati Perlembagaan Malaysia.

Aktivis parti itu kemudian bertanding sebagai calon bebas. Ada antara mereka kemudiannya menyertai PAS dan kini bersama Amanah.

Tetapi perkembangan besar yang berlaku pada masa Mahathir adalah apabila Umno diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah.

Langkah awal untuk memulihkan Umno dilakukan oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang cuba mendaftar Umno Malaysia.

Permohonannya ditolak. Sebaliknya, parti yang diusahakan oleh Mahathir iaitu Umno Baru diterima. Namun parti Razaleigh, Parti Melayu Semangat 46 diluluskan pendaftarannya.

Semangat 46 dapat menubuhkan dua pakatan yang membolehkan PAS dan DAP bekerjasama iaitu Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat.

Kedua-duanya tidak dapat didaftarkan. Ketika itu dilaporkan bahawa untuk mendaftar sesuatu pakatan, ia mesti mempunyai bilangan komponen tertentu. Hanya BN yang layak.

Maka dalam 30 tahun lalu, adalah menjadi suatu kebiasaan bahawa lebih mudah dan segera bagi sesiapa yang mahu menubuhkan parti politik untuk mencari parti politik terdaftar tetapi tidak aktif untuk diambil alih dan digerakkan.

Ini bermakna bukanlah parti politik langsung tidak boleh ditubuhkan.

Kalau tidak, masakan wujudnya parti-parti politik yang tidak aktif dan tidak dikenali ini.

Ia hanya dikenali apabila diketahui bahawa ia diambil alih oleh sekumpulan aktivis yang gagal untuk mendaftar parti mereka sendiri.

Bagaimanapun, Parti Ikatan Bangsa Malaysia yang diasaskan oleh Kadir Sheikh Fadzir mudah didaftar.

Parti ini berpakat dengan PAS melalui Gagasan Sejahtera. Pakatan ini bagaimanpun tidak pernah didaftarkan.

DAP didaftarkan pada tahun 1966 iaitu setahun selepas ia ditubuhkan.

Pada zaman Tunku Andul Rahman, parti politik boleh ditubuhkan bila ikut syarat pentadbiran.

Tidak perlulah mengambil alih parti yang tidak aktif.

Tetapi ketika Parti Keadilan Nasional (PKN) ditubuhkan pada tahun 1999, bagi menyegerakan urusan, mereka terus mengambil alih Ikatan Masyarakat Islam Malaysia.

Parti ini ditubuhkan pada tahun 1990 daripada pecahan Hamim.

Kedua-dua Hamim dan Berjasa tidak menyertai BN setelah Umno Baru dtubuhkan. Sebaliknya mereka menyertai Angkatan Perpaduan Ummah.

Dalam pilihan raya umum 1999, PKN, Parti Rakyat Malaysia, PAS dan DAP berpakat dalam Barisan Alternatif.

Pakatan ini tidak pernah didaftarkan. Begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP.

Amanah juga perlu mengambil alih parti tidak aktif untuk bergerak.

Ia mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia.

Usaha awalnya untuk mendaftar Parti Progresif Islam juga gagal.

Tetapi perjuangan panjang bagi mendapatkan pendaftaran dialami oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Ia memakan masa 10 tahun berjuang di mahkamah sebelum akhirnya diluluskan pendaftarannya pada tahun 2008, iaitu selepas PSM mempunyai ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri yang dimenangi melalui tiket PKR.

Parti-parti politik tidak wajar melalui kesusahan yang tidak perlu ini.

Dalam demokrasi, penubuhan parti politik wajar dimudahkan, bukan disulitkan.

Akhirnya terpulang pada rakyat hendak menyokong atau tidak.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Sokong lompat parti tetapi bersyarat?

Tindakan melompat parti ini sememangnya menepati hak asasi seorang wakil rakyat yang dipilih.

PKR pertahankan tindakan wakil rakyat Amanah lompat parti

Ahli dalam Pakatan Harapan boleh bertukar menyertai mana-mana parti kecuali ‘seteru’ politik.

Stop the hypocrisy, Amanah tells PKR as rift widens over PH intra-hopping

This comes as Amanah loses five of its assemblymen in Selangor and Johor.

Amanah Bukit Bintang gesa kaji semula hubungan dengan PKR, kedudukan dalam PH

Mereka berkata, sudah tiada kesepakatan dalam gabungan yang dibentuk.

‘Jangan hipokrit, lidah bercabang’, kata Pemuda Amanah selepas PKR ‘curi’ 3 wakil rakyat

Sebagai rakan gabungan PH, menerima penyertaan wakil-wakil rakyat ini hanya akan mengeruhkan hubungan antara parti, kata Shazni.