- Iklan -
Rencana

Kematangan Bersatu prihatin kepada rakyat perlu dicontohi

Umno sebagai sekutu kerajaan PN sepatutnya bergandingan usaha bagi menanggani wabak Covid-19.

Muhamad Shazlee Muhamad Nazlee
1 minit bacaan
Kongsi
Bersatu memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara. Gambar: Bernama
Bersatu memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara. Gambar: Bernama

Penggerak Komuniti Negara (PKN) Selangor mengikuti serius perkembangan semasa politik tanah air muktahir ini.

PKN Selangor melahirkan rasa penghargaan tinggi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas komitmen parti ini meneruskan agenda utama memerangi wabak Covid-19 dan memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara.

Waktu yang sama juga, Bersatu membawa kematangan politik bagi meneruskan momentum dinamik sebagai parti pemerintah dengan memperkukuhkan kerjasama urus tadbir bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) iaitu PAS, Star dan SAPP.

Agenda kerajaan prihatin difokuskan bagi memastikan ekonomi negara kembali pulih dan pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa perlu terjerumus dengan gerakan politik pramatang.

PKN Selangor meluahkan kekecewaan terhadap situasi yang berlaku dalam parti Umno.

Seharusnya parti tersebut mendokong aspirasi kerajaan semasa iaitu PN bagi menjayakan polisi kerajaan menanggani wabak Covid-19, kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara.

Namun perkembangan muktahir, Umno melawan arah dengan cubaan radikal menekan pembubaran Parlimen supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijalankan segera.

Umno sebagai sekutu kerajaan PN sepatutnya bergandingan usaha bagi menanggani wabak Covid-19 dan ketika ini negeri-negeri pantai timur dan Johor dilanda bencana banjir.

Akan tetapi matlamat mengejar kuasa dan kedudukan politik dijadikan agenda penting telah menggelincirkan Umno daripada matlamat menjaga rakyat.

Situasi tersebut telah menunjukkan kepincangan politik Umno akibat gerakan politik beberapa individu yang mahu melepaskan diri daripada kes mahkamah.

Umno dilihat tidak lagi relevan dalam membawa aspirasi rakyat. Parti itu sudah jauh menyimpang daripada matlamat menyelamatkan negara.

Muhamad Shazlee Muhamad Nazlee merupakan setiausaha Penggerak Komuniti Negara Selangor.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.