Sunday, November 15, 2020

Istilah ‘mazhab WHO’ dalam ceramah agama adalah sindiran berat

Tetapi penggunaan istilah 'mazhab' itu bukan bermaksud pemahaman atau aliran tetapi ia merupakan sindiran.

Other News

1,208 kes baru Covid-19, 1,013 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Kuala Lumpur mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 475 jangkitan baru.

1,208 new cases, 475 in KL

Three more deaths, including 8-year-old, take virus toll to 309.

Bekas menteri Kabinet, Zaleha Ismail meninggal dunia

Zaleha pernah menjawat jawatan menteri perpaduan negara dan pembangunan masyarakat pada 1995 serta timbalan menteri pengangkutan pada tahun yang sama.

Ibu bapa mula rungsing pembelajaran dalam talian jejaskan kesihatan anak

Ada murid yang menjadi rabun, sakit kepala dan kemurungan.

Istilah ‘mazhab WHO’ dalam ceramah agama adalah sindiran berat

Tetapi penggunaan istilah 'mazhab' itu bukan bermaksud pemahaman atau aliran tetapi ia merupakan sindiran.

Tertular di media sosial yang disampaikan oleh penceramah dan disebarkan para pendengarnya mengenai apa yang disebut sebagai “mazhab WHO”.

Ia merupakan satu sindiran terhadap pihak berkuasa dalam usaha untuk melawan Covid-19.

Apa yang dimaksudkan dengan “mazhab WHO” ialah pemahaman Pertubuhan Kesihatan Sedunia terhadap wabak Covid-19 dari segi sains dan kaedah mengatasinya.

Tetapi penggunaan istilah “mazhab” itu bukan bermaksud pemahaman atau aliran tetapi ia merupakan sindiran. Bukan sebarang sindiran tetapi suatu “sindiran berat” kerana ia berkonotasi agama.

Jadi apabila diucapkan di negara ini, seolah-olahnya ada satu “mazhab” yang menyekat kebebasan bersolat di surau dan masjid dengan kewajipan penjarakan sosial waktu berjemaah.

“Mazhab” ini pula dikaitkan dengan rasa takut pada Covid-19. Inilah yang disindirkan sebagai “mazhab WHO.”

Sedangkan apa yang dikemukakan oleh WHO tiada kaitan dengan agama.

Daripada pendekatan sains, mereka merumuskan suatu pemahaman mengenai Covid-19 dan cara mengatasinya.

Sebagai agensi dunia yang dipertanggungjawabkan mengenai kesihatan sejagat, mereka membuat perakuan kepada negara-negara anggota.

Malaysia sebagai negara anggota WHO menerima perakuan itu dan melaksanakannya.

Maka apabila ada perkara-perkara yang bertembung dengan amalan agama, maka dirujukkan pada pihak berkuasa agama bagi mengatasinya dari sudut syariah.

Maka diperakukan peraturan-peraturan mengenai beribadat di surau dan masjid seperti yang ditetapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi tidak timbul apa yang dikatakan “mazhab WHO.”

Namun apabila ada pihak yang menggunakan istilah “mazhab WHO”, ia merupakan suatu ” sindiran berat” dan bukan berjenaka semata-mata untuk menimbulkan gelak-tawa para pendengarnya.

Ini kerana perkataan “mazhab” itu ada konotasi agama. Walaupun dalam bahasa Arab, ia boleh membawa maksud “aliran” atau “sudut pandangan” tetapi di Malaysia, ia hanya digunakan untuk agama.

Orang tidak menggunakan istilah “mazhab” untuk ideologi politik atau aliran pemahaman sains.

Tetapi istilah “mazhab” hanya untuk agama. Semua agama mempunyai mazhab. Di Malaysia, dua mazhab Islam yang dikenali adalah Ahli Sunah Wal Jamaah dan Syiah.

Kalau Kristian, dua mazhab utamanya ialah Katholik dan Protestan. Walaupun ada satu lagi mazhab Kristian yang besar iaitu Ortodoks tetapi tidak dikenali di negara ini.

Agama Buddha juga mempunyai dua mazhab utama iatu Theravada dan Mahayana.

Jadi mengapa hendak dinamakan “mazhab WHO” bagi sesuatu badan berasaskan sains yang tiada kaitan dengan agama?

Di Malaysia, hanya satu mazhab diiktiraf iaitu Ahli Sunah Wal Jamaah. Syiah dianggap sesat. Walaupun pentadbiran agama di negara ini terletak pada 14 negeri dan satu wilayah tetapi semua hanya menerima mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah.

Kesemua negeri kecuali Perlis menerima fikah Imam Syafie.

Aliran di Perlis disebut Salafi tetapi masih dalam lingkungan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Walaupun tiga imam fikah lain turut diterima iaitu Hanafi, Hambali dan Maliki tetapi untuk pentadbiran agama, fikah Imam Syafie dilaksanakan dengan sedikit campuran daripada fikah imam lain menurut pertimbangan pihak berkuasa agama.

Syiah dianggap sesat dan ia tidak diterima di Malaysia.

Walaupun kesesatan itu tidak dianggap terkeluar daripada Islam, tetapi ia dipandang sebegitu rupa oleh pihak berkuasa agama dan masyarakat seperti mana fahaman liberalisme dan pluralisme.

Apa yang dimaksudkan sebagai liberalisme oleh pihak berkuasa agama bukanlah fahaman politik dan ekonomi.

Liberalisme yang dimaksudkan ialah tindakan mentafsirkan Al-Quran menurut akal dan hawa nafsu tanpa mematuhi kaedah ilmu Islam.

Begitu juga dengan pluralisme. Ia tidaklah bermaksud kepelbagaian kaum, agama dan aliran pemahaman. Pluralisme yang dianggap sesat ialah menyamakan kedudukan Islam dengan agama-agama lain. Sedangkan Islam adalah satu-satunya agama sebenar.

Di peringkat antarabangsa, ada negara yang menyifatkan Syiah sebagai mazhab yang bukan saja sesat tetapi terkeluar daripada Islam.

Jika ia dianggap sudah bukan Islam, maka ia tidak boleh lagi dianggap sebagai mazhab, sebaliknya merupakan agama lain.

Tetapi banyak negara Ahli Sunah Wal Jamaah menerima Syiah sebagai satu mazhab.

Mereka diizinkan menunaikan ibadat umrah dan haji. Mereka juga diundang untuk menyertai majlis tilawah Al-Quran.

Jadi apabila disebut “mazhab WHO,” adakah ia dimaksudkan sebagai pemahaman sesat atau terkeluar daripada Islam?

Dari awal lagi apabila wabak Covid-19 ini mula merebak keluar dari China untuk sampai ke seluruh dunia, sebahagian masyarakat Islam di dunia menyambutnya dengan secara tidak rasional.

Ada yang dengan mudah menganggapnya sebagai konspirasi Barat untuk melemahkan umat Islam sedangkan ia berasal dari China.

Malah ada yang menganggap ia merupakan konspirasi “Dajal” dalam menghadapi dunia yang semakin dekat dengan kiamat.

Sebab wabak ini, bukan saja umat islam tidak boleh mengerjakan umrah dan haji serta tidak bersolat Jumaat, malah bila solat, saf pun tidak boleh dirapatkan.

Inilah yang mendorong untuk menamakan perakuan-perakuan bagi membendung Covid-19 itu sebagai “mazhab WHO”.

Kalau itu yang dimaksudkannya, maka “mazhab” ini dianggap sesat.

Bukanlah ia bermakna pemahaman dan kaedah WHO ini tidak mempunyai kritik.

Dalam bidang sains, sentiasa digalakkan mempersoalkan dan mempertikaikan tetapi ia hendaklah dibuat secara kaedah saintifik juga.

Pengkritik utama WHO datang dari Amerika Syarikat (AS) di bawah pimpinan Presiden Donald Trump.

Malah mereka keluar daripada menjadi anggota WHO hingga mengurangkan dana pertubuhan itu.

WHO dituduh berorientasikan China.

Turut bersama AS mengkritik WHO ialah Kesatuan Eropah, Australia dan Jepun.

Walaupun pendirian ini bersifat politik daripada sains.

Ada kalangan di Barat yang percaya virus Covid-19 bukan berpunca daripada haiwan liar.

Sebaliknya ia merupakan senjata bio yang terlepas daripada makmal China.

Sweden pula menolak kaedah WHO dengan kesan mudarat pada dirinya.

Perbezaan pendapat tentunya ada tetapi WHO adalah badan utama dunia yang diiktiraf oleh kebanyakan negara, termasuk negara-negara Islam.

Kaedah mereka adalah saintifik dan diplomasi kesihatan global, melangkaui anutan agama.

Wakil-wakil negara Islam turut berada dalam WHO. Antara saintis mereka juga adalah orang Islam. Ketua Pengarahnya adalah bekas menteri Habsyah, sebuah negara yang sebahagian besar penduduknya beragama Islam.

WHO bekerja untuk kemanusiaan sejagat. Manusia sudah mencapai satu tahap mampu bekerjasama tanpa mengira anutan agama dengan menggunakan kaedah sains.

Adalah suatu yang tidak adil untuk menggunakan istilah “mazhab WHO” terhadap usaha-usaha kemanusiaan. Sebaliknya umat Islam wajar mempertingkatkan kemampuan saintifik mereka untuk menyumbang kepada kemaslahatan seluruh manusia, tanpa mengira anutan agama mereka.

Dalam hal ini, adalah suatu yang menginspirasikan bahawa sepasang Muslim berasal Turki yang menetap di Jerman menjadi saintis dalam pencarian vaksin melawan Covid-19 melalui firma farmaseutikal Pfizer.

Tetapi mereka tidak perlu dilihat dari sudut anutan agama.

Mereka adalah saintis di mana Jerman memberi ruang untuk melakukan penyelidikan.

Seharusnya negara-negara Islam seperti Turki, malah Malaysia pun mempunyai kemudahan bagi membuat penemuan saintifik untuk kebaikan kemanusiaan.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

How will you feel when you have been given a Covid-19 shot?

Everyone will be keen to be given the shot and protect themselves and those around them as soon as possible.

Russia says Sputnik V virus vaccine 92% effective

The vaccine uses modified viruses of the regular flu, with 40,000 volunteers taking part in the final phase of trials.

Planes, dry ice, pharmacies: the logistical challenges of Covid-19 vaccines

Pfizer expects to produce 50 million doses this year and 1.3 billion in 2021.

Airline shares take off on markets hearing vaccine news

With an effective vaccine on the horizon, everyone is hoping borders may soon come down and planes go up.

Pfizer says Covid-19 vaccine 90% effective in Phase 3 trial

According to preliminary findings, protection in patients was achieved seven days after the second of two doses, and 28 days after the first.