- Iklan -
Luar Sana

Google akan gabung chatbot AI generatif dengan pembantu maya

Google dan syarikat teknologi lain telah berlumba-lumba untuk membina beberapa bentuk AI generatif ke dalam produk baru atau sedia ada.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Logo Google LLC dilihat di Google Store Chelsea di Manhattan, New York City, 17 November 2021. Gambar: Reuters
Logo Google LLC dilihat di Google Store Chelsea di Manhattan, New York City, 17 November 2021. Gambar: Reuters

Google semalam mengumumkan rancangan untuk menambah keupayaan kecerdasan buatan (AI) generatif kepada pembantu mayanya.

Seorang eksekutif syarikat itu memberitahu Reuters bahawa AI akan membenarkan pembantu melakukan perkara seperti membantu orang ramai merancang perjalanan atau membaca e-mel seterusnya menanyakan soalan susulan.

Menurut Alphabet sewaktu majlis memperkenalkan perkakasan terbarunya di New York, anak syarikat Google itu merancang untuk menambah ciri AI generatif daripada chatbot Bardnya ke dalam versi pembantu maya Google, bertujuan untuk memberikan bantuan peribadi dengan keupayaan penaakulan dan generatif pada peranti mudah alih. 

"Keseluruhan tugasan dilakukan melalui beberapa soalan mudah yang anda ajukan kepada pembantu anda, iaitu, kami fikir, konsep yang sangat, sangat berkuasa," kata naib presiden, pembantu Google dan Bard Sissie Hsiao dalam wawancara dengan Reuters. 

Google dan syarikat teknologi lain telah berlumba-lumba untuk membina beberapa bentuk AI generatif ke dalam produk baharu atau sedia ada. 

Meta Platforms, Amazon.com dan Microsoft semuanya telah meningkatkan usaha tahun ini.

Hsiao berkata, versi baharu pembantu Google akan mempunyai akses kepada kamera dan mikrofon telefon mudah alih, dan membenarkan pengguna memasukkan gambar atau audio ke dalam model pelbagai bahasa bagi membantu menjawab soalan. 

Ia tidak akan memasukkan ciri penjanaan hasil, kata Hsiao, kerana Google masih dalam "fasa pembelajaran" dengan AI generatif. 

"Kami mahu belajar cara membuat pengalaman hebat daripada ini," kata naib presiden Google itu.

Google berkata perisian baru itu akan tersedia untuk program penguji yang dipercayai "tidak lama lagi" tetapi tidak mendedahkan tarikh keluaran umum. 

Syarikat itu merancang untuk mengeluarkan versi untuk Android dan sistem pengendalian mudah alih Apple, iOS.