- Iklan -
Berita

Thailand jangka Tesla, Google, Microsoft labur AS$5 bilion, kata PM

Pelaburan asing baharu akan meningkatkan ekonomi Thailand yang lemah, dan dijangka berkembang sebanyak 2.8% tahun ini, kurang daripada unjuran sebelumnya, akibat eksport lebih lemah.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Logo pengeluar kereta Tesla dilihat di pejabat cawangan di Bern, Switzerland, 28 Oktober 2020. Gambar: Reuters
Logo pengeluar kereta Tesla dilihat di pejabat cawangan di Bern, Switzerland, 28 Oktober 2020. Gambar: Reuters

Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin berkata negara itu dijangka menerima pelaburan sekurang-kurangnya AS$5 bilion (RM23.44 bilion) daripada Tesla, Google dan Microsoft. 

"Tesla akan meneliti fasiliti pembuatan EV, Microsoft dan Google sedang melihat pusat data," katanya, tanpa memperincikan sama ada AS$5 bilion itu dijangka merupakan pelaburan gabungan atau dibuat secara berasingan oleh setiap syarikat. 

Reuters cuba mendapatkan maklum balas daripada Tesla, Google dan Microsoft namun tidak berjaya.

Srettha bercakap kepada pemberita di Bangkok selepas menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York di mana beliau turut mengadakan perbincangan dengan eksekutif syarikat awal minggu lalu.

Pelaburan asing baharu akan meningkatkan ekonomi Thailand yang lemah, dan dijangka berkembang sebanyak 2.8% tahun ini, kurang daripada unjuran sebelumnya, akibat eksport lebih lemah. 

Srettha mengadakan pertemuan empat mata dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk minggu lepas mengenai sektor kenderaan elektrik. 

Thailand, hab pemasangan kereta keempat terbesar di Asia, telah menawarkan insentif kepada pengeluar EV dan bateri, serta pemotongan cukai kepada pembeli EV tempatan, untuk kekal sebagai pusat kereta serantau.