- Iklan -
Luar Sana

India benarkan eksport beras ke Singapura

Bulan lalu, India mengejutkan pembeli dengan mengenakan larangan ke atas eksport beras putih bukan basmati yang digunakan secara meluas, berikutan larangan eksport beras hancur tahun lalu.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Kanak-kanak bermain bola di atas hamparan beras yang dijemur di kilang padi di pinggir Kolkata, India, 31 Januari 2019. Gambar: Reuters
Kanak-kanak bermain bola di atas hamparan beras yang dijemur di kilang padi di pinggir Kolkata, India, 31 Januari 2019. Gambar: Reuters

Kementerian Luar India semalam berkata pada negara itu telah memutuskan untuk membenarkan eksport beras ke Singapura. 

“Arahan rasmi berhubung perkara ini akan dikeluarkan tidak lama lagi,” kata jurucakap kementerian itu dalam satu kenyataan. 

Bulan lalu, India mengejutkan pembeli dengan mengenakan larangan ke atas eksport beras putih bukan basmati yang digunakan secara meluas, berikutan larangan eksport beras hancur tahun lalu. 

India, yang sedang bergelut untuk mengawal inflasi menjelang pilihan raya negeri akhir tahun ini, pada Jumaat juga memperluaskan sekatan ke atas eksport beras dengan duti 20% ke atas beras rebus berkuat kuasa sehingga 15 Oktober. 

India menyumbang lebih 40% daripada eksport beras dunia, dan inventori yang rendah dengan pengeksport lain bermakna sebarang pemotongan dalam penghantaran boleh meningkatkan lagi harga makanan yang didorong oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine tahun lepas dan cuaca tidak menentu.