Mahkamah Pakistan tangguh hukuman Imran Khan
Mahkamah memerintahkan pembebasan bekas perdana menteri itu dengan ikat jamin.
Terkini
Sebuah mahkamah Pakistan pada Selasa menangguhkan hukuman penjara tiga tahun bekas perdana menteri Imran Khan, memerintahkan pembebasannya dengan ikat jamin.
Dua hakim Mahkamah Tinggi Islamabad diketuai oleh Hakim Aamer Farooq, yang menangguhkan penghakiman pada Isnin, mengumumkan perintah singkat itu, lapor Agensi Anadolu.
Khan dijatuhi hukuman oleh mahkamah di Islamabad awal bulan ini kerana menyembunyikan butiran hadiah dari luar negara yang diterimanya selama hampir empat tahun berkhidmat. Akibatnya, beliau dihalang daripada memegang jawatan awam selama lima tahun oleh suruhanjaya pilihan raya.
Pemain kriket yang menjadi ahli politik itu dan kini menghadapi beberapa kes di mahkamah, telah disingkirkan melalui undi tidak percaya pada April 2022.
Beliau kini ditahan di bandar Attock di wilayah barat laut.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.