Bekas PM Pakistan Imran Khan dilepaskan daripada tuduhan membunuh, kata peguam
Khan, yang didakwa bersubahat atas pembunuhan itu pada Jun, berdepan lebih 100 kes sejak penyingkirannya menerusi undi percaya di Parlimen pada April 2022.
Terkini
Mahkamah Pakistan hari ini menggugurkan tuduhan membunuh terhadap bekas perdana menteri Imran Khan, kata peguamnya.
"Alhamdulillah," kata peguam, Naeem Panjutha di platform pemesejan Twitter, sambil menambah pertuduhan berkaitan pembunuhan seorang peguam di bandar selatan Quetta telah digugurkan oleh mahkamah.
Khan, yang didakwa bersubahat atas pembunuhan itu pada Jun, berdepan lebih 100 kes sejak penyingkirannya menerusi undi percaya di Parlimen pada April 2022.
Mahkamah tinggi di Islamabad juga dijadualkan untuk memberikan keputusan ke atas rayuan yang difailkan oleh Khan bagi menangguhkan sabitannya dalam kes rasuah.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.