Perancis rancang larang pemakaian jubah di sekolah
Pada 2004, negara itu mengharamkan pemakaian tudung di sekolah dan meluluskan larangan bertudung penuh di khalayak ramai pada 2010, sekali gus menimbulkan kemarahan sebahagian daripada lima juta komuniti Islamnya.
Terkini
Perancis merancang untuk melarang pemakaian “abaya” atau jubah labuh yang dipakai oleh wanita Islam, di kawasan sekolah, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan menteri pendidikan negara itu pada Ahad.
Gabriel Attal memberitahu penyiar TF1 bahawa kerajaan merancang menyediakan "peraturan jelas" mengenainya kepada pegawai sekolah di seluruh negara.
Attal juga berkata beliau akan berbincang dengan pentadbir sekolah mulai minggu depan untuk membantu mereka menguatkuasakan larangan pemakaian seperti jubah yang menutup seluruh badan.
Keputusan itu adalah yang terbaharu dalam pelbagai sekatan ke atas pakaian umat Islam di Perancis, dengan pengkritik mendakwa kerajaan menyasarkan masyarakat Islam menerusi dasar dan kenyataan, termasuk oleh Presiden Emmanuel Macron bahawa agama itu "menghadapi krisis”.
Masjid dan badan amal turut diserbu selain melaksanakan undang-undang "anti-pemisahan" yang mengenakan sekatan secara meluas terhadap masyarakat Islam.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.